KUNJUNGAN HORMAT DARI JAWATANKUASA HARTA INTELEK, MAJLIS PEGUAM NEGARA


13 Julai 2018 – MyIPO menerima kunjungan hormat dari Jawatankuasa Harta Intelek Majlis Peguam Negara. Delegasi itu diketuai oleh Cindy Goh Joo Seong dan disertai oleh 12 orang ahli jawatankuasa lain.

Mesyuarat selama dua jam itu telah membincangkan beberapa isu penting mengenai perundangan dan perlindungan harta intelek di Malaysia.

Mesyuarat ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan usaha dan inisiatif baru untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama khususnya dalam bidang harta intelek.