KURSUS PEMBACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA-AKTA HARTA INTELEK DAN KES-KES HARTA INTELEK DI MALAYSIA


8 Ogos 2019 – MyIPO mengajurkan Kursus Pembacaan dan Pemahaman Akta Harta Intelek dan Kes-kes Harta Intelek di Malaysia di Akademi Harta Intelek hari ini.

Seminar ini bertujuan meningkatkan kefahaman para peserta berkenaan terma-terma yang digunakan dalam perundangan utama akta harta intelek dan undang-undang subsidiarinya serta menekankan aspek keterpakaian terma-terma tersebut termasuk kes-kes harta intelek ke atas kerja harian pegawai-pegawai MyIPO.

Para peserta juga turut diberi pendedahan mengenai Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019 yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi.