LAWATAN KERJA JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KE MYIPO, 17 JANUARI 2017


17 Januari 2017 – MyIPO telah menerima lawatan kerja rasmi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPHH) yang diketuai oleh Ketua Pengarah JPPH, YBrs Sr Dr Rahah binti Ismail, dan diiringi seramai 13 orang pegawai daripada JPPH.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan harta intelek bagi memperkasakan pendapatan negara, evolusi pembiayaan harta intelek, penilaian harta intelek, dan juga Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).