MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2018


5 Mac 2019 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) meraikan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018 di Menara Bank Rakyat hari ini. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Majlis diraikan bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga kerja MyIPO yang telah melebihi tahap cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2018.
Pemilihan penerima anugerah pada tahun 2018 adalah berdasarkan prestasi tahunan melebihi 85%, rekod kedatangan cemerlang, berdisiplin, hubungan mesra sesama rakan sekerja, sokongan Pengarah Bahagian dan seterusnya diperakukan oleh Ketua Pengarah.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 108 pegawai iaitu 36 orang dari MyIPO, 67 orang dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan 5 orang dari Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KPDHEP, Ketua-ketua Agensi di bawah KPDHEP dan Anggota Perbadanan MyIPO.