MAJLIS IFTAR


8 Jun 2018 – MyIPO menganjurkan Majlis Iftar di Akademi Harta Intelek. Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh peserta Program Tadarus. Program Tadarus tersebut telah bermula pada hari pertama Ramadan bagi memuliakan bulan suci ini.

Majlis diikuti dengan penyampaian hadiah Peraduan Foto Worldwide MyIPO15. Peraduan ini telah menerima sebanyak 390 penyertaan. Pemenang pertama disampaikan kepada Mohd Fauzi bin Mohd Tahir, diikuti oleh Lim Chun Aun di tempat kedua dan Wan Muhd Faizul bin Wan Abdul Hadi di tempat ketiga.

YBhg. Dato ‘Shamsiah Kamaruddin juga turut berbesar hati menyampaikan duit raya kepada golongan yang memerlukan.