YBRS. TUAN MA. SIVANESAN A/L MARIMUTHU

YBrs. Tuan Ma. Sivanesan a/l Marimuthu telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 1 Julai 2016.

Beliau telah berkhidmat dengan Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan sejak tahun 1996 dan berpengalaman luas  dalam menangani isu-isu percukaian antarabangsa, cukai tidak langsung dan insentif cukai. Kini beliau merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian (Cukai Tidak Langsung & GST Sektor Dasar), Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan.

Di MyIPO, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Pelaburan.

.