MyIPO MENGUKUHKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UiTM


6 Mei 2019 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam bidang Technology and Innovation Support Centers (TISCs).

Tandatangan tersebut menandakan UiTM sebagai ahli TISC yang ke-15. TISCs adalah menjadi asas bagi komunikasi dan kerjasama antara komuniti, institusi tuan rumah (host instituition) dan MyIPO.

Ketua Pengarah MyIPO, Dato’ Mohd Roslan Mahayudin berkata MoU tersebut langkah penting dalam usaha untuk mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan oleh universiti agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Dato’ Mohd Roslan mewakili MyIPO pada majlis menandatangani MoU berkenaan yang diadakan di Canseleri UiTM, Shah Alam, manakala Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim mewakili UiTM pada majlis tersebut.