MyIPO MENGUKUHKAN KERJSAMA STRATEGIK DENGAN UniKL


16 Oktober 2017 – Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),YBhg. Dato’ Shamsiah Kamaruddin dan Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL),YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlihaam Mohd Su’ud telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam bidang Technology and Innovation Support Centers (TISCs).

Tandatangan tersebut menandakan UniKL sebagai ahli TISC yang ke-14 dan merupakan universiti swasta yang pertama menyertai sebagai ahli TISC. TISCs adalah menjadi asas bagi komunikasi dan kerjasama antara komuniti, institusi tuan rumah (host instituition) dan MyIPO.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh pegawai-pegawai dari MyIPO dan UniKL.