NATIONAL WORKSHOP ON TECHNOLOGY TRANSFER OFFICE AND INTELLECTUAL PROPERTY (IP) MANAGEMENT IN THE FRAMEWORK OF THE ENABLING IP ENVIRONMENT (EIE) PROJECT


20 April 2018 – MyIPO telah menganjurkan program National Workshop on Technology Transfer Office and Intellectual Property (IP) Management dengan kerjasama World lntellectual Property Organization (WIPO) dan Japan Paten Office (JPO) pada 16-20 April 2018 bertempat di Dewan Akademi Harta Intelek, MyIPO.

Objektif utama program ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai daripada Technology Transfer Office (TTO) daripada Universiti, Institusi Penyelidikan dan Jabatan Kerajaan yang terpilih dalam mengkomersialkan reka cipta yang dihasilkan oleh institusi masing-masing. WIPO telah menjemput pakar-pakar Technology Transfer yang berpengalaman dari luar negara sebagai penceramah bagi program ini.

Di antara penceramah luar negara yang dijemput adalah, Mr. Richard S. Cahoon, Adjunct Professor Cornell University; Ms. Yumiko Hamano, Sr. WIPO Expert & Intellectual Property Consultant; Mr. John Arthur Fraser, bekas Presiden Association of University Technology Managers(AUTM) 2006-2007, Mr. Surya Raghu, Partner ET Cube International dan Mr. Eric Deleglise, Questel Business Development Director. Pihak WIPO telah diwakili oleh Mr. Fumio Enomoto sebagai penyelaras program.

Selain itu, agensi-agensi Kerajaan seperti Malaysian Technology Development Corporation (MTDC),SME Corp, Platcorm Ventures dan MOSTI telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkenaan dana yang ditawarkan oleh agensi masing-masing.

Secara tidak langsung program ini telah berjaya mendedahkan peserta daripada TTO tempatan berkenaan kaedah terbaik pengkomersialan yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Program ini juga telah menyediakan satu platform bagi interaksi dan kerjasama antara pihak universiti dan industri bagi menggalakkan kegiatan pemindahan teknologi di antara kedua-dua belah pihak.