Notis Berkenaan Isu Cek Tendang Bagi Bayaran Fi Pemfailan dan Permohonan Harta Intelek

NOTIS

SILA AMBIL NOTIS bahawa apa-apa bayaran yang dibuat melalui cek bagi tujuan pembayaran apa-apa fi yang ditetapkan di bawah Perundangan Harta Intelek akan dianggap tidak dibuat sekiranya berlaku “bounced/ dishonoured cheque”. Pemohon, Pemilik Berdaftar atau ejen bertindak bagi pihak Pemohon atau Pemilik Berdaftar perlu membuat permohonan atau memfailkan semula apa-apa permohonan yang ditetapkan di bawah Perundangan Harta Intelek dengan bayaran fi jika ingin meneruskan apa-apa pemfailan tersebut.

Pendaftar atau Pengawal tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan Pemohon, Pemilik Berdaftar atau ejen bertindak bagi pihak mereka yang diakibatkan oleh transaksi yang tidak efektif berikutan “bounced/ dishonoured cheque”.
Perundangan Harta Intelek bagi maksud Notis ini ialah:

1. Akta Cap Dagangan 1976;
2. Akta Paten 1983;
3. Akta Hakcipta 1987;
4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996;
5. Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000;
6. Akta Petunjuk Geografi 2000; dan
7. Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang dinyatakan dalam butiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

NOTIS ini akan berkuatkuasa mulai 15 haribulan Januari 2018.