PELANTIKAN KETUA PENGARAH BAHARU PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA


2 Januari 2018 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Mohd. Roslan bin Mahayudin sebagai Ketua Pengarah MyIPO. Dato’ Mohd. Roslan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah berkhidmat di dalam kerajaan lebih 31 tahun dan jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Penguatkuasa, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP.

Beliau telah disambut oleh Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Penolong-penolong Ketua Pengarah dan Ketua-ketua Bahagian. Beliau turut melawat Kaunter Khidmat Pelanggan dan diikuti dengan sesi taklimat.

Turut hadir adalah Mantan Ketua Pengarah MyIPO, Dato’ Shamsiah Kamaruddin yang telah menyampaikan Nota Serah Tugas kepada Dato’ Mohd. Roslan bin Mahayudin.