PERASMIAN PAVILION FRANCAIS MALAYSIA


26 Ogos 2018 – Perasmian Pavilion Francais Malaysia yang disertai MyIPO sempena Melbourne Franchising and Business Opportunities 2018 (MFBO 2018) telah disempurnakan Westmoreland Palon, Konsul Jeneral Malaysia ke Australia pada 25 Ogos yang lalu. Pada program tersebut turut diadakan adalah Malaysia-Australia International Business Meeting on Franchise Business Opportunities and Challenges. Mesyuarat tersebut membincangkan  mengenai hala tuju, peluang dan cabaran bidang perniagaan francais di kedua-dua buah negara. MFBO 2018 telah berlangsung dari 25 hingga 26 Ogos.