PERHIMPUNAN BULANAN: MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT


21 September 2018 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Bulanan Edisi September 2018.

Perhimpunan bulanan tersebut membawa tema “Menyantuni Ummat Membawa Berkat” bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1440. Perhimpunan dimulai dengan sesi ceramah Oleh SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk: “Hijrah – Cabaran dan Hikmahnya”

YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dalam ucapannya mengajak warga kerjanya mengambil pengajaran dalam peristiwa hijrah untuk dijadikan panduan dalam kerjaya dan kehidupan sehari-hari.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri menyampaikan Sijil Pendaftaran Cap Dagangan kepada empat organisasi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Pusat Pungutan Zakat (PPZ),Bank Rakyat dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).