MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, FEBRUARI 2017


24 Februari 2017 (Jumaat) – Perhimpunan Bulanan Februari 2017 MyIPO telah diuruskendalikan oleh Aras 18 iaitu gabungan antara Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Bahagian Hak Cipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu serta Bahagian Audit Dalam dan Pengurusan Kualiti.

Dalam ucapan dan amanat YBhg Dato’ Shamsiah Kamaruddin, Ketua Pengarah MyIPO menyampaikan perancangan tahun 2017 iaitu  program atau aktiviti-aktiviti yang boleh memberi impak penjanaan pendapatan yang tinggi dan berharap semua warga MyIPO akan bekerjasama dalam menjayakan semua program atau aktiviti-aktiviti tahun ini. Beliau juga menekankan aspek kerja berpasukan, menyentuh mengenai kecemerlangan tadbir urus, pengurusan dan pengurusan kewangan  serta mengingatkan warga kerja MyIPO supaya tidak terlibat dalam penyebaran maklumat palsu terutama melalui media social. Ucapan dan amanat ini adalah merupakan yang pertama oleh YBhg Dato’ KP kepada warga MyIPO pada tahun ini.

Perhimpunan diakhiri dengan taklimat daripada CUEPACS mengenai promosi perlindungan insuran dan mendapat sambutan baik daripada warga kerja MyIPO