dr.ida

YBHG. PROF. IDA MADIEHA ABDUL GHANI AZMI

YBhg. Prof. Dr. Ida Madieha binti Abdul Ghani Azmi dilantik sebagai Anggota  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 12 Disember 2018.
Beliau memiliki Ph.D dari University of London, LLM dari University of Cambridge dan LLB dari IIUM. Prof. Dr. Ida Madieha telah menulis 10 buku dan lebih daripada 60 artikel mengenai pelbagai isu mengenai Harta Intelek dan Undang-Undang Siber. Beliau telah membentangkan lebih daripada 60 kertas kerja di persidangan tempatan dan antarabangsa.

Prof. Dr. Ida sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dari tahun 2004 hingga tahun 2008. Beliau juga adalah bekas Timbalan Pengarah Tribunal Hak Cipta Malaysia (2014-2016). Beliau juga berkhidmat sebagai ahli panel Nama Domain (Domain Name) dengan Pusat Timbangtara Kuala Lumpur (boss.com.my (2004); paypal.com.my (2011) dan Pusat Timbangtara Antarabangsa Asian (Airbnb,my, Mei 2018).

Beliau juga bertindak sebagai Penasihat Luar untuk Fakulti Undang-Undang Universiti Multimedia (2017-2018) dan Editor Jemputan, Pertanika Jurnal Sains dan Kemanusiaan, JJSH (Isu Khas) Vol 25, 2017 dan JJSH (S) – 0102-2015 /.