PROGRAM ‘SHOPPING RAYA’ BERSAMA ANAK-ANAK ASNAF


17 Mei 2019 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini membawa seramai 40 orang anak-anak asnaf dari Rumah Amal Budi Bistari, Setia Alam, Shah Alam membeli belah untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di pasaraya Mydin Mall dekat sini.

Ketua Pengarah, Dato’ Mohd Roslan Mahayuddin serta pengurusan kanan MyIPO meluangkan masa kira-kira dua jam di pasaraya terbabit membantu anak-anak asnaf terbabit memilih pakaian dan kasut untuk dipakai di hari lebaran nanti.

Ia merupakan sebahagian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MyIPO bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.  Acara membeli belah ini pertama kali diadakan berbanding sebelum ini di mana penerima mendapat wang tunai yang juga merupakan acara tahunan setiap kali bulan Ramadan.

Pada sebelah petang pula, Dato’ Mohd Roslan turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di lobi ibu pejabat MyIPO di Menara UOA Bangsar dan seterusnya berbuka puasa bersama anak-anak asnaf.