YBRS. PUAN LAILAH BINTI CHE MOHD DARUS

YBrs. Puan Lailah binti Che Mohd Darus telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 15 Mei 2014.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Ohio, Amerika Syarikat.

Memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam semenjak tahun 1982 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perusahaan Awam, beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Di MyIPO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan, Ahli Jawatankuasa Audit serta Ahli Jawatankuasa Kontrak.