SEMINAR KESEDARAN HARTA INTELEK


25 Jun 2019 – MyIPO menganjurkan Seminar Kesedaran Harta Intelek di Akademi Harta Intelek hari ini.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kumpulan sasar yang terdiri daripada para usahawan akan nilai harta intelek dalam pembangunan ekonomi, penguatkuasaan harta intelek serta hak harta intelek dalam persekitaran digital.

Dato’ Mohd Roslan Mahayudin, Ketua Pengarah MyIPO dalam ucapannya berkata “Masyarakat perlu dididik mengenai harta intelek dan undang-undang supaya mereka dapat menghormati dan mematuhi hak-hak harta intelek tersebut. Tambah beliau, program kesedaran seperti ini dapat membentuk pemikiran dan tingkah laku manusia.

Antara penceramah yang membentangkan kertas kerja adalah Ms.Louise Van Grunen dan Mr.Thomas Dillon dari Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO),Assoc. Prof Rohazar Wati dari Universiti Teknologi MARA, PuanAzimah Abdul Kadir dari MIMOS Berhad dan EN.Ahmad Hafiz dari Tetuan Hafiz Zubir & Co.