SESI SUMBANG SARAN PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK


25 Februari 2019 – Dr.Rozhan Othman, Pengerusi MyIPO mempengerusi Sesi Sumbang Saran tentang Pengkomersialan Harta Intelek hari ini di Akademi Harta Intelek, MyIPO.

Tujuan sesi sumbang saran ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dari pihak industri dan universiti awam bagi mempertingkatkan aktiviti pengkomersialan harta intelek di Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan adalah; kerjasama di antara industri, hubungan dalam pengkomersialan harta intelek dan peranan Technology Transfer Office (TTO).

Panel jemputan bagi sesi sumbang saran tersebut terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC),University Malaya Centre of Innovation and Commercialization (UMCIC),Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT),Platcomm Ventures, Petronas, dan Universiti Putra Malaysia.