SYARAHAN UMUM: PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN


19 Oktober 2018: MyIPO menganjurkan Syarahan Umum bertajuk’ Pemartabatan Bahasa Kebangsaan ‘ yang disampaikan oleh Prof. Dato ‘Dr. Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Universiti Kebangsaan Malaysia. Syarahan ini merupakan anjuran bersama antara MyIPO dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di akademi Harta Intelek MyIPO.

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong menjelaskan mengenai perbezaan di antara ‘Bahasa Kebangsaan’ dan ‘Bahasa Rasmi’ dan fungsinya. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong turut menegaskan bahawa warganegara Malaysia seharusnya berbangga dan mempertingkatkan fungsi Bahasa Melayu yang melambangkan jati diri mereka.

Syarahan umum tersebut telah dihadiri oleh seramai 200 orang warga kerja MyIPO.