YM TUNKU DATUK NAZIHAH BINTI TUNKU MOHD RUS 

YM Tunku Datuk Nazihah binti Tunku Mohd Rus telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 16 November 2014.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sijil Dalam Diplomasi, Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang diplomasi dengan memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negara semenjak tahun 1969. Pada tahun 1997, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pentadbiran dan Hal Ehwal Am) dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala),Kementerian Luar Negara pada tahun 1999. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah Duta Besar Malaysia di Republik Perancis yang turut ditauliahkan serentak bagi Republik Portugal.

Di MyIPO, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Audit.