Dato' Haji Abdul Manan bin IsmailYB DATO’ SRI HAJI ABDUL MANAN BIN ISMAIL
Pengerusi

YB Dato’ Sri Haji Abdul Manan bin Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dari 1 Julai 2010.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik dari Golden State University, California, Amerika Syarikat.

Beliau adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Paya Besar, Kuantan, Pahang. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian, Pengerusi Majlis Perunding Koperasi, Pengerusi Rakan Alam Sekitar bagi Parlimen Paya Besar, dan Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad.