Prof Ir Dr Mohd Saleh

YB Datuk Mohamad Alamin

YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 Mei 2020. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM). Beliau merupakan seorang Peguam Bela dan Peguam Cara.

Memulakan kerjaya politik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kimanis pada 2002 – 2003, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kimanis pada 2004-2013, Naib Ketua UMNO Bahagian Kimanis 2013-2018 dan seterusnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kimanis pada 2019. Kini beliau adalah Ahli Parlimen Kimanis.

YB Datuk Mohamad teah menerima Anugerah Bintang Setia Kinabalu (2008),Justice of Peace (2011) dan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (2015).