YB DATUK HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG

YB Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 1 Januari 2014.

Beliau memiliki Diploma Pengurusan/Pentadbiran Perniagaan dari Newlands International College, Ireland, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Columbia Holistic University, California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of New Castle, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak (2007 – 2009).

Kini, beliau adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) dan juga Ahli Parlimen bagi kawasan Sibuti, Sarawak.

Di MyIPO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Audit serta Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Saraan.