YB Datuk Mohamad Alamin

YBHG. DATO’ MOHD ROSLAN BIN MAHAYUDIN

YBhg. Dato’ Mohd Roslan bin Mahayudin telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 2 Januari 2019.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda dan Diploma Undang-undang dari UiTM. Beliau telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan berpengalaman dalam pendakwaan di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1985. Pada tahun 1987 beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pada tahun 1998, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Unit Siasatan dan Pendakwaan di kementerian tersebut seterusnya pada tahun 2003 dilantik sebagai Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP seterusnya ke jawatan Pengarah sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah MyIPO.

.