pp datuk muez

YBHG. DATUK MUEZ BIN ABD. AZIZ

YBhg. Datuk Muez Abd. Aziz telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 24 Oktober 2018. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari Vanderbilt University, Tennessee Amerika Syarikat.

Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Hasil Dalam Negeri pada tahun 1988 dan berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan perniagaan, beliau kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Di sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam, beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Beliau juga pernah terlibat dengan Projek Inovasi Khidmat Awam (PIKA) tahun 2008/2009.

Di MyIPO, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit, Ahli Jawatankuasa Pelaburan dan juga Ahli Jawatankuasa Penamaan dan Saraan.