DatukWiraIsmailSalleh

YBHG. DATUK WIRA ISMAIL BIN SALEH

YBhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh telah dilantik menjadi Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 15 Oktober 2016.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian) dari Universiti Malaya. Pada tahun 1979, beliau telah menyertai Program Kaunselor Perdagangan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Antarabangsa Jerman dan diikuti Program Pengurusan Lanjutan Harvard pada 2007.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di Sektor Perkhidmatan Awam dengan pengalaman selama 36 tahun. Antara jawatan utama yang pernah disandang oleh beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2005 sehingga 2008. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2011 adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Di MyIPO, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pelaburan.

.