| Maklumat Am Paten | |
|
Paten Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut: Perbaharuan utiliti Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun lagi tertakluk kepada penggunaan. Pemohon Semua pihak boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama atau syarikat/organisasi. Pemohon tempatan atau residen di Malaysia boleh memfailkan permohonan paten sendiri atau melantik ejen paten berdaftar yang boleh mewakilinya. Pemohon dari luar negara yang ingin memfailkan permohonan patennya perlulah melantik ejen paten berdaftar di Malaysia untuk mewakilinya.
Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.
Perlindungan paten atau perbaharuan utiliti memberi hak eksklusif kepada pemunya untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten.
Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah :
Rekacipta yang boleh diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti. Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri.
Pemfailan pertama di MyIPO demi keselamatan negara Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon paten atau perbaharuan utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar. Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia sekurang-kurangnya 2 bulan. Seksyen 62A: Perlanggaran Seksyen 23A merupakan satu kesalahan dan jika bersabit boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit (RM 15,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
|


