| Maklumat Am Cap Dagangan | |
|
Seksyen 3 – Akta Cap Dagangan 1976. “………Bermaksud cap yang digunakan / dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan / perkhidmatan dengan pemilik / pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan……..” Cap Dagangan Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu. Cap Dagangan atau lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain. Fungsi-fungsi Cap Dagangan Fungsi asal - Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Pemilihan - Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi Kualiti - Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya. Fungsi Pemasaran - Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan. Fungsi Ekonomi - Cap-cap yang telah ‘established’ di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan. Pemohon Mana-mana pemilik cap dagangan samada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran di negara ini. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.
Sebelum Mengemukakan Permohonan – pemohon-pemohon adalah dinasihatkan supaya membuat carian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Bayaran sebanyak RM20 sejam akan dikenakan bagi membuat carian awam di MyIPO. Borang CD 5 – Semua permohonan cap dagangan hendaklah dikemukakan melalui 5 salinan borang CD5 beserta fee yang mencukupi. Permohonan bagi cap dagangan yang berlainan hendaklah dikemukakan secara berasingan. Kepentingan pendaftaran cap dagangan 1. Hak Eksklusif - Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
Cap Dagangan yang boleh didaftarkan
Seksyen 10(1)(b): Seksyen 10(1)(d): Suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu nama keluarga: Perkataan yang dicipta: KODAK - FILM
Logo Kombinasi perkataan dan logo Cap Dagangan yang tidak boleh didaftarkan Cap-cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang dibawah Seksyen 15 Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan 1997. Antara lain:
Larangan-larangan mengenai pendaftaran Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan di luar negara, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimanapun permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut ‘Hak Keutamaan’ bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvesyen Paris dan WTO. Tempoh sah pendaftaran Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat setiap sepuluh tahun selagi masih berminat. Yuran yang berpatutan Yuran yang dikenakan adalah berpatutan. MyIPO telah membuat kajian perbandingan dengan negara lain, ternyata yuran yang dikenakan adalah berpatutan berbanding dengan negara lain terutamanya di kalangan negara-negara ASEAN. Apa-apa yuran yang diterima oleh MyIPO adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus proses suatu permohonan pendaftaran cap dagangan.
Tempoh masa selama 12 hingga 18 bulan adalah sebenarnya prosedur biasa dalam suatu pendaftaran cap dagangan. Pada tarikh pemfailan, pengeluaran resit dan nombor permohonan diberikan. Sesuatu permohonan cap dagangan yang difailkan, perlu menanti untuk tempoh 6 bulan mengikut prosedur “Paris Convention” bagi membolehkan pihak ketiga yang mempunyai “priority date claim” dari negara-negara Konvensyen, untuk mendapat “priority” ke atas cap-cap yang sama atau yang seakan menyerupai. Selepas bulan ketujuh dari tarikh pemfailan, surat setuju terima atau bantahan akan dikeluarkan. Bagi permohonan yang tidak menepati peruntukkan Akta Cap Dagangan 1976 (Akta) seperti cap dagangan tidak boleh didaftar atau menyerupai atau menyamai cap dagangan orang lain, ianya akan memakan masa yang lebih lama dan tidak termasuk di dalam standard prosedur kerja. Bagi cap dagangan yang telah menepati peruntukkan Akta, surat setuju terima akan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dikenakan sebelum pewartaan dibuat. Sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, pemohon akan mengembalikan surat setuju terima tersebut dalam tempoh dua bulan. Selepas dikembalikan, proses pewartaan dalam Warta Kerajaan akan dibuat, dan tempoh masa selama dua bulan yang telah ditetapkan oleh undang-undang bagi membolehkan pihak ketiga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar untuk membuat bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan tersebut. Sekiranya tiada bangkangan diterima dalam tempoh itu, proses pengeluaran sijil pendaftaran akan dibuat. Pemohon pada kebiasaannya dinasihatkan untuk membuat carian awal terlebih dahulu bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan tidak menyerupai atau menyamai cap dagangan pihak lain. MyIPO juga menyediakan khidmat nasihat awal bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan adalah asli dan boleh didaftarkan seperti diperuntukkan di bawah Akta. Perlu diingatkan kepada pemohon, sijil pendaftaran cap dagangan yang dikeluarkan memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk memonopoli dan menghalang orang lain dari menggunakannya. Dengan ini sebelum hak eksklusif diberikan, Pendaftar perlu memastikan kriteria permohonan cap dagangan dipatuhi menurut undang-undang bagi menjaga kepentingan pemilik serta orang awam dari segi pendaftarannya. Bagi cap dagangan yang tidak asli atau tidak boleh didaftarkan, mereka boleh membuat penjenamaan semula agar permohonan mereka boleh didaftarkan. Keperluan untuk mendaftar bagi peniaga kecil-kecilan Peniaga kecil seperti pembuat makanan ringan yang terdiri daripada kerepek, dodol, wajik, kuah rojak dan lain-lain, merasakan tidak perlu mendaftar kerana berniaga secara kecil-kecilan. Golongan ini tidak sedar bahawa cap dagangan mempunyai fungsi pemasaran yang terbaik bagi meningkatkan pengeluaran produk mereka. Bagi produk yang tidak mempunyai cap dagangan, orang ramai sukar untuk mendapatkan semula produk yang sama. Cap dagangan juga merupakan tanda kenal bagi peniaga tersebut di mana melalui cap dagangan, peniaga mudah dikenali untuk dihubungi sekiranya ada pihak ketiga yang ingin memasarkan produk mereka dan dengan ini cap dagangan mereka boleh dilesenkan. Begitu juga bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan seperti khidmat konsultansi, klinik, bank dan sebagainya. Kepentingan pendaftaran membolehkan cap perkhidmatan mereka dapat dilindungi dari digunakan oleh orang lain seperti cap dagangan Klinik KITA, Hotel Seri Malaysia, Hospital PUSRAWI dan lain-lain. Apabila pihak ketiga hendak menggunakannya, mereka perlu mendapat kebenaran dan ini boleh dilakukan dengan konsep francais atau memberi lesen bagi penggunaannya.
Kesedaran mengenai harta intelek ini telah mula dibuat melalui program yang dianjurkan oleh SMIDEC di mana pihak MyIPO diberikan satu sesi selama dua jam bagi memberikan maklumat ringkas mengenai harta intelek. Pelbagai seminar termasuk seminar pengkhususan kepada usahawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek telah banyak dianjurkan oleh MyIPO. MyIPO juga telah bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan untuk mengadakan program bersama bagi menyebarkan maklumat harta intelek ini. Semasa menjalankan aktiviti penyebaran maklumat harta intelek, MyIPO menyediakan khidmat carian dan nasihat awal secara percuma kepada para pengusaha bagi memastikan cap dagangan mereka boleh didaftarkan. Adalah didapati bahawa terdapat banyak produk tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa tetapi tidak mempunyai pendaftaran cap dagangan di Malaysia. Ini akan mengakibatkan kerugian di pihak pengusaha kerana pihak ketiga boleh menggunakan cap dagangan yang sama bagi barangan yang sama tanpa memohon kebenaran pengusaha tersebut. Pada kebiasaannya, apabila sesuatu produk yang hendak dipasarkan di luar negara, adalah menjadi keperluan pengusaha untuk memfailkan permohonan pendaftaran cap dagangan di negara tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan masalah seperti pelanggaran cap dagangan atau isu berkaitan kelirupaan (passing off) atau parallel import. Berdasarkan kepada isu-isu yang dibangkitkan di atas, MyIPO menyarankan agar pengusaha-pengusaha tempatan memberikan keutamaan kepada pendaftaran cap dagangan kerana pendaftaran cap dagangan dapat memberikan perlindungan kepada kepentingan perniagaan para pengusaha. |


