BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN CAP DAGANGAN BUKAN TRADISIONAL


8 Mei 2024 – MyIPO, dengan kerjasama dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), telah menganjurkan Bengkel Latihan Pemeriksaan Cap Dagangan Bukan Tradisional bermula hari ini sehingga 10 Mei 2024 di Menara MyIPO, PJ Sentral. Penolong Ketua Pengarah (Perancangan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran), Tuan Sh. Ariffin Sh. Mohd Noor telah menyampaikan ucapan alu-aluan untuk sesi ini.
Bengkel ini memberikan pendedahan dan panduan berharga kepada pegawai mengenai teknik pemeriksaan bagi cap dagangan bukan tradisional yang difailkan di MyIPO, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk melakukan pemeriksaan yang lebih tepat dan memenuhi keperluan pelanggan MyIPO.
Bengkel latihan ini dikendalikan oleh konsultan yang dilantik oleh WIPO, Mr. Antonio A.R. Mendoza.

NON-TRADITIONAL TRADEMARK EXAMINATION TRAINING WORKSHOP


8 May 2024 – MyIPO, in collaboration with the World Intellectual Property Organization (WIPO), conducted the Non-Traditional Trademark Examination Training Workshop starting from today until 10th May 2024 at MyIPO Tower, PJ Sentral. Assistant Director General (Planning, Business Development & Marketing), Mr. Sh. Ariffin Sh. Mohd Noor, delivered the opening remarks for this insightful session.
This workshop provided valuable exposure and guidance to officers on examination techniques for non-traditional trademarks filed at MyIPO, enhancing their knowledge and skills to conduct more accurate examinations and meet the requirements of MyIPO’s customers. The training workshop was conducted by WIPO-appointed consultant, Mr. Antonio A.R. Mendoza.