DANA IP2.0

loader-icon
PENGENALAN
Program Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) tahun 2024 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh Kerajaan. Geran tersebut ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dana IP 2.0 ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta intelek di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Dana IP 2.0 ini dibuka bermula dari Januari 2024 sehingga 31 Mei 2024 @ kuota penuh.
KRITERIA PERMOHONAN
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
2. Terbuka kepada:
i. Individu;
ii. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / Syarikat Milikan Tunggal / Perkongsian;
iii. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi / Kementerian;
iv. Komuniti Setempat / Tempatan (bagi Petunjuk Geografi); dan
v. Pelajar Kolej / Institusi Kemahiran / Politeknik / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Setaraf
3. Pemohon hanya layak memohon SATU dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut:
i. Cap Dagangan
ii. Paten;
iii. Reka Bentuk Perindustrian;
iv. Hak Cipta; atau
v. Petunjuk Geografi (komuniti setempat/tempatan)
SYARAT & MAKLUMAN SEBELUM MENGISI BORANG
1. Sebelum mengisi permohonan Dana IP 2.0, sila pastikan anda menyediakan dan melengkapkan semua dokumen yang diperlukan.
2. Permohonan dalam talian dikehendaki memuat naik dokumen mengikut format yang betul iaitu DOC/PDF/JPEG/PNG.
3. Permohonan yang dimohon akan melalui proses saringan dan pemilihan yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Saring & Pemilihan Dana Harta Intelek. Ia bukannya automatik diterima di bawah program ini.
4. Pihak Urus Setia Dana IP 2.0 akan memaklumkan sebarang keputusan permohonan melalui emel yang didaftarkan di dalam borang. Mohon pastikan emel yang ditulis di dalam borang masih aktif untuk dihubungi.
5. Pemohon yang berjaya diwajibkan untuk menandatangani Aku Janji Dana dan wajib mematuhi segala syarat-syarat yang terkandung dalam Aku Janji tersebut.
6. Pemohon yang berjaya akan dibantu dalam proses penyediaan dokumentasi pemfailan dan diberikan baucer untuk membuat pembayaran bagi pemfailan harta intelek di kaunter pembayaran MyIPO (Ibu Pejabat/Cawangan).
7. Dana ini akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk BAUCER PEMFAILAN bukannya wang tunai. Baucer pemfailan yang diberikan tidak boleh dipindah milik.
8. Sekiranya pemohon tidak memberi maklum balas berhubung perkara ini mengikut masa yang ditetapkan, pemohon dianggap TIDAK BERMINAT terhadap Dana IP 2.0 yang ditawarkan ini dan PEMFAILAN AKAN DIBATALKAN dan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Urus Setia Dana.
9. Maklumat yang diperlukan mengikut komponen yang ingin dimohon adalah:
i. Permohonan Paten
a) Maklumat pereka cipta sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang;
b) Rajah, tatacara atau lukisan yang boleh membantu untuk memahami cara penggunaan reka cipta ini (jika ada);
c) Maklumat tambahan/ dokumen sokongan seperti feature table; literature search (jika ada).
ii. Permohonan Cap Dagangan
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang;
b) Gambar cap dagangan / logo yang jelas untuk didaftarkan;
c) Borang TMA1 (Borang Pendapat dan Carian Awal);
d) Dokumen Sijil Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (jika ada) yang masih aktif.
iii. Permohonan Reka Bentuk Perindustrian
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang;
b) Gambar reka bentuk yang ingin didaftarkan (Pandangan perspektif / hadapan / belakang / pandangan sisi / atas / bawah. Sekurang-kurangnya SATU (1) pandangan);
c) Dokumen Sijil Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (jika ada) yang masih aktif.
iv. Permohonan Hak Cipta
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang;
b) Borang CR-1 (Borang Pemberitahuan Hak Cipta Dalam Sesuatu Karya);
c) Salinan Karya dalam format softcopy (CD/DVD/pendrive). Saiz karya tidak melebihi 3GB.
d) Borang CR-1 dan salinan karya perlu di hantar kepada Urus Setia Dana IP 2.0 dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya pihak Urus Setia tidak menerima borang CR-1 dan salinan karya yang dimohon ini, permohonan anda tidak akan dipertimbangkan.
v. Petunjuk Geografi (hanya untuk komuniti setempat/tempatan)
SKOP PEMBIAYAAN
1. Pembiayaan Dana IP 2.0 tahun 2024 adalah merangkumi pembiayaan berikut:
  i. Fi rasmi pemfailan harta intelek kepada MyIPO; dan
  ii. Kos carian dan penderafan oleh ejen paten yang berdaftar di bawah program Dana Pemfailan Harta Intelek (Ejen Paten Dana IP 2.0) (bagi permohonan paten / perbaharuan utiliti (UI))
2. Dana akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk BAUCER PEMFAILAN. Baucer pemfailan yang diberikan tidak boleh dipindah milik.
JENIS HARTA INTELEK PEMBIAYAAN
Cap Dagangan Borang TMA1 – Borang pendapat dan carian awal
Borang TMA2 – Borang permohonan pendaftaran cap dagangan
Borang TMA4 – Permohonan pemeriksaan substantif dipercepatkan
Fi pengimbasan
   
Paten / Perbaharuan Utiliti (UI) Borang 1 – Borang permohonan paten; atau
Borang 14 Permohonan bagi pemberian sijil perbaharuan utiliti
Borang 5 – Borang permintaan bagi pemeriksaan substantif
Borang 17 – Borang pelantikan ejen paten
Borang 22 – Borang penyataan justifikasi hak pemohon ke atas paten / perakuan
Kos perkhidmatan ejen paten bagi menjalankan carian paten (prior art search)
Kos perkhidmatan ejen paten bagi penderafan spesifikasi paten dan kos melengkapkan borang-borang berkaitan pemfailan paten
Fi pengendalian
   
Reka Bentuk Perindustrian Borang ID 1 – Borang permohonan reka bentuk perindustrian & (sudut pandangan seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Dana Harta Intelek)
Borang ID 9 – Borang permintaan pindaan permohonan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian
Carian Awam
   
Hak Cipta Borang CR-1 – Borang pemberitahuan hak cipta dalam sesuatu karya
   
Petunjuk Geografi Borang GIA1 – Borang permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi
Borang GIA7 – Iklan bagi pendaftaran
BORANG PERMOHONAN
1. Borang permohonan Dana IP 2.0 mengikut komponen boleh di muat turun seperti berikut:
  a) Cap Dagangan
  Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: http://tinyurl.com/danacapdagangan
  b) Paten / Perbaharuan Utiliti
  Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: http://tinyurl.com/danapatenui
  c) Hak Cipta
  Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: http://tinyurl.com/danahakcipta
  d) Reka Bentuk Perindustrian
  Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: http://tinyurl.com/danarekabentukperindustrian
2. Permohonan Dana IP 2.0 boleh dibuat secara dalam talian atau secara manual (serahan tangan/ pos/ pejabat cawangan MyIPO yang berdekatan).
Mohon pilih 1 kaedah yang sesuai untuk menghantar permohonan.
  i. PERMOHONAN DALAM TALIAN
  a) Pastikan anda mempunyai akaun Gmail untuk membuat permohonan secara dalam talian.
  Borang permohonan Dana IP 2.0 tahun 2024 secara dalam talian boleh di buat melalui pautan berikut: http://tinyurl.com/permohonandana2024
  ATAU
  ii. PERMOHONAN SECARA MANUAL (SERAHAN TANGAN/ POS/ PEJABAT CAWANGAN MyIPO YANG BERDEKATAN)
HUBUNGI KAMI
Untuk pertanyaan lanjut berhubung Dana IP 2.0 tahun 2024, sila hubungi kami melalui emel atau pegawai berikut:
Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Aras 19, Menara MyIPO, PJ Sentral
Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52
46200 Petaling Jaya, Selangor
(u.p.: En. Azri / Pn. Nor Shafiza / Pn. Nur Ain Nabila)
Emel: dana2.0@myipo.gov.my
Pegawai untuk dihubungi:
En. Azri – 03-7490 2858
Pn. Nor Shafiza – 03-7490 2857
Pn. Nur Ain Nabila – 03-7490 2859