KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN PERANCIS KE MyIPO


21 Jun 2024 – MyIPO menerima kunjungan hormat daripada Mr. Fabrice Perrono, Penasihat IP Serantau untuk ASEAN dan Wakil Institut Harta Industri Nasional (INPI). Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, untuk membincangkan peluang kerjasama dalam bidang harta intelek seperti Petunjuk Geografi, Patent Mapping & Analytics, dan peluang latihan bagi pemeriksa di Bahagian Cap Dagangan dan Paten.
Hadir sama, Pengurus Hubungan Institusi INPI, En. Firdaus Norazmar, Pengarah Bahagian Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi, Puan Badi’ah Abas, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Puan Nur Mazian Mat Tahir dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Puan Noranisah Abas.

COURTESY VISIT FROM THE FRENCH EMBASSY TO MyIPO


21 June 2024 – MyIPO received a courtesy visit from Mr. Fabrice Perrono, the Regional IP Counselor for ASEAN and Representative of the National Institute of Industrial Property (INPI). The session was chaired by the Deputy Director General (Strategic & Technical) of MyIPO, YBrs. Ms. Yusnieza Syarmila Yusoff, to discuss potential collaborations in the field of intellectual property such as Geographical Indications, Patent Mapping & Analytics, and training opportunities for examiners in the Trademark and Patent Divisions.
Also in attendance were INPI’s Institutional Relations Manager, Mr. Firdaus Norazmar, the Director of the Trademark and Geographical Indications Division, Ms. Badi’ah Abas, the Director of the Policy and International Affairs Division, Ms. Nur Mazian Mat Tahir, and the Director of the Business Development and Marketing Division, Ms. Noranisah Abas.