KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE MyIPO


17 Januari 2024 – MyIPO telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Dekan, Fakulti Pengurusan UTM, YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Jusoh. Sesi perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi MyIPO, YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain untuk membincangkan potensi jalinan kerjasama berkaitan bidang pengurusan kontemporari di antara kedua-dua belah pihak.
Turut hadir, YBrs. Prof. Madya Dr. Mahadi Bahari, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, YBrs. Tuan Kamal Kormin, Ketua Pengarah MyIPO, dan Penolong Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan Perniagaan) MyIPO, Encik Sh. Arifin Sh. Mohd Noor.

COURTESY VISIT BY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TO MyIPO


17 Januari 2024 – MyIPO had the honor of receiving a courtesy visit from Universiti Teknologi Malaysia (UTM), led by the Dean of the Faculty of Management, UTM, YBhg. Assoc. Prof. Dr. Ahmad Jusoh. This meeting session was chaired by the Chairman of MyIPO, Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain, to discuss the potential for collaboration in contemporary management fields between both parties.
Also present were Assoc. Prof. Dr. Mahadi Bahari, Deputy Dean of Research & Innovation, Mr. Kamal Kormin, Director General of MyIPO, and Assistant Director General (Business Planning & Development) of MyIPO, Mr. Sh. Arifin Sh. Mohd Noor.