KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YB JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI KELANTAN


31 Januari 2024 – MyIPO telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Hj. Kamarudin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan yang diiringi bersama-sama oleh delegasi dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) serta PELAYANG Negeri Kelantan. Sesi perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Tuan Kamal Kormin bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai organisasi dan proses kerja khususnya mengenai pendaftaran Petunjuk Geografi bagi mendaftarkan lebih banyak Petunjuk Geografi yang berpotensi dari Negeri Kelantan.
Turut hadir, En. Razhuan Hussin, Pengarah Kanan, Bahagian Paten dan Pendaftaran Antarabangsa, Pn. Sharifah Nadiah Syed Sheikh, Pengarah Kanan, Bahagian Reka Bentuk Perindustrian dan Susun Atur Litar Bersepadu dan Pn. Badi’ah Abbas, Pengarah Bahagian Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi.

COURTESY VISIT FROM THE STATE OF KELANTAN TOURISM, CULTURE, ARTS AND HERITAGE COMMITTEE


31 Januari 2024 – MyIPO received a courtesy visit from YB Datuk Hj. Kamarudin Md Nor, Chairman of the Kelantan State Tourism, Culture, Arts, and Heritage Committee, accompanied by a delegation from the Kelantan State Tourism Information Center (TIC) and the Kelantan State PELAYANG. The meeting session was chaired by MyIPO Director-General, Mr. Tuan Kamal Kormin, aimed at sharing information about the organization and its processes, particularly regarding the registration of Geographical Indications to facilitate the registration of more potential Geographical Indications from Kelantan.
Also, in attendance were Mr. Razhuan Hussin, Senior Director, International Patent and Registration Division, Ms. Sharifah Nadiah Syed Sheikh, Senior Director, Industrial Design and Integrated Circuit Layout Division, and Ms. Badi’ah Abbas, Director of the Trademark and Geographical Indication Division.