LAWATAN KE BENGKEL KELINGKAN


21 Februari 2024 – Delegasi MyIPO yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal), Puan Yusnieza Syarmila Yusoff turut mengadakan lawatan ke Bengkel Kelingkan bersama wakil Malaysia Craft Council.
Dikenali sebagai salah satu seni busana Melayu yang paling indah, sulaman kelingkan telah menjadi simbol budaya yang berharga sejak zaman berzaman. Dengan penggunaan benang emas dan perak untuk mengetengahkan pelbagai motif flora dan fauna, kelingkan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan seni, tetapi juga keunikan warisan seni dan kebudayaan Malaysia serta berpotensi untuk diiktiraf sebagai petunjuk geografi negeri Kelantan.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Razhuan Husin, Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) dan Encik Ryzul Osman Basah, Pegawai Harta Intelek, Bahagian Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi.

VISIT TO THE KELINGKAN WORKSHOP


21 February 2024 -The MyIPO delegation led by the Deputy Director General (Strategic & Technical), Ms. Yusnieza Syarmila Yusoff, visited the Kelingkan Workshop together with representatives from the Malaysia Craft Council.
Known as one of the most beautiful forms of Malay attire, Kelingkan embroidery has been a cherished cultural symbol for centuries. With the use of gold and silver threads to showcase various flora and fauna motifs, this Kelingkan not only highlights the beauty of art but also the uniqueness of Malaysia’s artistic heritage and culture, with the potential to be recognized as a geographical indication of Kelantan.
This visit was also attended by Mr. Razhuan Husin, Deputy Director General (Administration and Finance), and Mr. Ryzul Osman Basah, Intellectual Property Officer, Trade Marks and Geographical Indications Division.