MAJLIS PERSARAAN 2021


14 Julai 2021 – MyIO telah menganjurkan Majlis Persaraan 2021 secara dalam talian bagi meraikan Puan Fatimah Rohada binti Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Norsita binti Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Sains Paten dan Pengetahuan Tradisional, Puan Moziyah bte Mohd Tahir, Setiausaha kepada Timbalan Ketua Pengarah (strategik & Teknikal), Puan Rose binti Gida, Pembantu Harta Intelek dan Encik Poji bin Karim, Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat begitu lama dengan MyIPO iaitu sebelum MyIPO diperbadankan dan merupakan Bahagian Harta Intelek di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Majlis persaraan itu turut dihadiri oleh warga kerja MyIPO yang hadir secara dalam talian dan turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pesara-pesara MyIPO.

Turut dianjurkan sempena majlis tersebut adalah webinar bertajuk ‘Memikul Amanah dan Tanggung Jawab Bekerja Dari Rumah’ yang dikelolakan oleh Encik Andi Muhamad Fajar dari Bank Muamalat Indonesia. Beliau telah kongsikan pelbagai tips untuk kekal produktif sewaktu bekerja dari rumah.