MyIPO mengundang anda untuk menjengah ke lokasi menarik yang sesuai untuk penganjuran latihan, seminar, kuliah, bengkel, mesyuarat atau acara, terletak di Petaling Jaya, menyediakan ruang yang selesa dilengkapi kemudahan dengan nilai berpatutan.

BILIK LATIHAN

Persekitaran yang baik memberikan suatu pengalaman penting dalam menjayakan suatu pembelajaran. Semua bilik latihan dilengkapi dengan projektor, skrin putih, mikrofon, Wi-Fi dan berhawa dingin dengan pilihan susunan konvensional bilik darjah mahupun pembelajaran kolaboratif boleh disesuaikan dengan persekitaran pembelajaran formal ataupun kasual.

Fasiliti yang disediakan:

BILIK MESYUARAT

MyIPO menyediakan bilik mesyuarat khusus untuk penganjuran seperti mesyuarat perniagaan, rundingan korporat, temuramah atau temuduga, perjumpaan mahupun persidangan yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda. Semua bilik disusun secara boardroom yang dilengkapi peralatan audio visual dan persidangan dengan rangkaian berkelajuan tinggi yang melancarkan urusan anda.

DEWAN MUTIARA

Melangkah ke Menara MyIPO yang baru dibina, Dewan Mutiara merupakan satu dewan acara yang luas menjadi ruang ideal untuk acara persendirian mahupun persidangan korporat. Selesa dan versatil, dewan sepenuhnya berhawa dingin dan boleh memuatkan sehingga 500 orang untuk bankuet atau 700 orang untuk susunan teater. Dewan Mutiara adalah pilihan terbaik, tersedia dengan bilik menunggu dan bilik persalinan untuk tetamu serta ruang parkir yang luas bagi memberikan kemudahan untuk semua.

Majukan tempahan dan realisasikan sesi pembelajaran dan acara yang memenuhi keperluan anda! Hubungi kami di 03-7496 8985 atau e-mel ipa@myipo.gov.my untuk maklumat lanjut.