PERTANDINGAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024 (AHIN2024)

loader-icon
SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024 (AHIN2024)

[Muat turun Syarat]

noDetails
iPenyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja;
iiPenyertaan secara individu atau berkumpulan. Penyertaan boleh melebihi satu (1) sektor dengan menggunakan borang penyertaan yang berasingan;
iiiPertambahan nama ahli kumpulan adalah tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penyertaan;
ivSetiap penyertaan untuk Sektor Teknologi Hijau dan Alam Sekitar / Karya Lestari / Milenial dan Permata Cilik mestilah asli dan tidak pernah menyertai pertandingan AHIN bagi sektor yang sama;
vSetiap penyertaan mestilah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyerahan selepas tarikh tutup yang ditetapkan akan ditolak secara automatik;
viPihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya tidak memenuhi syarat umum dan khusus bagi sektor yang disertai;
viiPihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan, kerosakan dan kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan;
viiiSegala keputusan yang dibuat oleh penganjur dan panel juri adalah muktamad. Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana terma, syarat dan peraturan anugerah/ pertandingan pada bila-bila masa dan akan memaklumkan kepada semua peserta akan perubahan berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian menerusi laman web dan/ atau emel. Sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan;dan
ixSelagi mana dibenarkan oleh peraturan anugerah/ pertandingan, apabila sesuatu hadiah itu diterima, setiap peserta secara automatik telah memberikan keizinan bahawa nama pemenang, fotograf, biografi dan seumpamanya yang telah diserah sedia untuk diterbit secara cetakan atau di laman web MyIPO oleh penganjur, atau penaja, atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan tujuan lain yang bermanfaat tanpa sebarang pampasan.

NO.SEKTORSYARATBORANG
1ANUGERAH PLATINUM KATEGORI
PEMBANGUNAN LESTARI HARTA INTELEK
iPenyertaan terbuka kepada Organisasi Kerajaan, Swasta, Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia;Muat turun/Download
iiOrganisasi mempunyai Harta Intelek yang telah difailkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dari tahun 2020-2024 sahaja;
iiiSenarai program, pembangunan dan pengurusan Harta Intelek yang dimiliki; dan
ivSenarai harta intelek yang dikomersialkan dari tahun 2020 -2024 sahaja.
2ANUGERAH TEKNOLOGI HIJAU
KATEGORI TEKNOLOGI HIJAU
iPenyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja; ii) Harta Intelek yang telah difailkan di MyIPO;Muat turun/Download
iiHarta Intelek hendaklah menarik, kreatif dan menyumbang kepada Teknologi Hijau dan Alam Sekitar serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara;
iiiTeknologi hijau merangkumi aspek tenaga, kesan terhadap alam sekitar, penggunaan sumber alam, penggunaan teknologi baru; dan
ivHarta Intelek yang dikomersialkan atau prapengkomersialan dari tahun 2020-2024 sahaja.
3ANUGERAH KARYA LESTARIiPenyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja;Muat turun/Download
iiHarta Intelek yang telah difailkan di MyIPO;
iiiHarta Intelek hendaklah menarik, kreatif dan menyumbang kepada karya lestari serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara; dan
iiiHarta Intelek yang dikomersialkan atau prapengkomersialan dari tahun 2020-2024 sahaja.
4ANUGERAH MILENIAL
(PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN ATAU SETARAF)
iPenyertaan terbuka kepada pelajar Institusi Kemahiran dan setaraf di Malaysia;Muat turun/Download
iiPenyertaan adalah secara individu atau berkumpulan tidak melebihi tiga (3) orang pelajar;
iiiRekacipta mestilah asli, menarik, kreatif serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara;
ivRekacipta mempunyai nilai komersial;
vRekacipta mestilah dalam bentuk produk siap atau prototaip yang menunjukkan fungsi rekacipta; dan
viBorang penyertaan dan video persembahan (dalam bentuk pendrive atau yang bersesuaian) wajib dihantar secara softcopy atau hardcopy dan penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menepati perkara di atas.
5ANUGERAH MILENIAL
(PELAJAR SEKOLAH MENEGAH)
iPenyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah (tingkatan 1-5) di Malaysia termasuk pelajar Kolej Vokasional (umur tidak melebihi 17 tahun);Muat turun/Download
iiPenyertaan adalah secara individu atau berkumpulan tidak melebihi tiga (3) orang pelajar;
iiiRekacipta mestilah asli, menarik, kreatif serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara;
ivRekacipta mempunyai nilai komersial;
vRekacipta mestilah dalam bentuk produk siap atau prototaip yang menunjukkan fungsi rekacipta; dan
viBorang penyertaan dan video persembahan (dalam bentuk pendrive atau yang bersesuaian) wajib dihantar secara softcopy atau hardcopy dan penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menepati perkara di atas.
FORMAT PENYERTAAN
  1. Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang telah lengkap. Borang yang tidak lengkap akan ditolak;;
  2. Setiap penyertaan hendaklah dihantar bersama dengan satu laporan ringkas yang ditaip pada satu kertas berukuran A4 yang mengandungi aspek teknikal atau rasional konsep Harta Intelek / Rekacipta dengan tidak melebihi LIMA BELAS (15) muka surat sahaja (Bilangan muka surat ini tidak termasuk lampiran seperti salinan sijil, lakaran, gambarajah, lukisan atau gambar foto. Huraian boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.);
  3. Setiap penyertaan hendaklah mengikut format kertas kerja yang telah dinyatakan di dalam Borang Penyertaan bagi setiap sektor AHIN2024;
  4. Tarikh tutup penerimaan borang penyertaan adalah pada 16 February 2024 (Jumaat), jam 5.00 petang;
  5. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ahin2024@myipo.gov.my;
  6. Setiap Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
    Urusetia
    Anugerah Harta Intelek Negara 2024 (AHIN2024)
    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
    Level 5, Menara MyIPO, PJ Sentral
    Lot 12, Persiaran Barat
    Seksyen 52 Petaling Jaya
    46200 Petaling Jaya, Selangor
    (u.p: Puan Emy Nadia Johari)