Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
PENDAFTARAN PATEN DAN PERBAHARUAN UTILITI
1. Apakah itu paten?
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.
2. Apakah itu perbaharuan utiliti?
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta yang ringkas. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dan boleh dilanjutkan selama dua tempoh 5 tahun, menjadikan tempoh maksima perlindungan selama 20 tahun.
3. Apakah hak pemunya paten?
Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.
4. Bolehkah pemohon mengetahui samada rekaciptanya adalah sesuatu yang baru sebelum memohon perlindungan?
Boleh. Carian boleh dilakukan di Bilik Carian Awam di MyIPO atau melalui capaian internet Patent and Trade Mark Administration System (PANTAS) ke atas dokumen paten Malaysia yang terdahulu.
5. Bolehkah pemohon mendapat perlindungan selepas rekaciptanya diketahui umum sebelum pemohon membuat permohonan?
Boleh, dengan syarat pemohon memfailkan permohonan dalam tempoh 12 bulan selepas rekaciptanya dizahirkan.
6. Berapakah jumlah kos permohonan paten dan perbaharuan utiliti?
Jumlah kos bagi permohonan paten – RM 1,390 (Manual) dan bagi perbaharuan utiliti – RM 1,240 (Manual).
7. Dimanakah pemohon boleh mendapat bantuan bagi menyediakan permohonan paten?
Pemohon boleh mendapat perkhidmatan penyediaan permohonan paten dengan ejen paten yang berdaftar.
8. Adakah setiap permohonan dianggap sulit?
Ya, setiap permohonan adalah sulit sehingga selepas 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan permohonan bagi tujuan pemeriksaan awam.
9. Bolehkah pemohon mengambil tindakan mahkamah jika seseorang meniru rekaciptanya semasa permohonan sedang diproses?
Tindakan mahkamah tidak boleh diambil semasa permohonan sedang diproses. Walaubagaimanapun, tindakan mahkamah boleh diambil sebaik sahaja pemberian paten dikeluarkan. Hak perlindungan paten bermula dari tarikh pemfailan.
10. Apakah yang berlaku setelah paten luput ?
Sebaik sahaja paten luput, pemunya tidak lagi mempunyai hak eksklusif ke atas rekacipta tersebut.
11. Bagaimanakah pemohon ingin mendapatkan perlindungan rekaciptanya di negara lain?
Terdapat dua cara dimana suatu rekacipta boleh mendapat perlindungan di negara lain. Permohonan boleh dibuat terus ke negara-negara berkenaan atau melalui sistem permohonan paten antarabangsa (Patent Cooperation Treaty).
12. Apakah itu Triti Kerjasama Paten (PCT)?
PCT adalah triti antarabangsa, yang ditadbir oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organisation – WIPO) dengan lebih 135 buah negara anggota kepada Konvensyen Paris. PCT memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa ke atas suatu rekacipta di negara lain dengan hanya memfailkan satu permohonan.
13. Di manakah permohonan paten antarabangsa boleh difailkan?
Permohonan paten antarabangsa boleh difailkan di MyIPO, yang merupakan Pejabat Penerima (Receiving Office(RO)).
14. Apakah fi yang terlibat bagi memfailkan permohonan paten antarabangsa?
Terdapat tiga jenis fi bagi memfailkan permohonan paten antarabangsa : (i) fi pemfailan antarabangsa; (ii) fi carian; dan (iii) fi penghantaran. Pemohon hendaklah membayar hanya satu set bayaran fi berkenaan dalam Ringgit Malaysia.
15. Berapa lamakah proses permohonan paten antarabangsa sebelum memasuki fasa nasional ?
Proses permohonan paten antarabangsa mengambil tempoh masa lebih kurang 18 bulan dari tarikh pemfailan sebelum memasuki fasa nasional. Proses permohonan adalah termasuk carian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Carian Antarabangsa (ISA) dan penerbitan ke atas laporan carian oleh Biro Antarabangsa (WIPO).
16. Apakah itu carian antarabangsa ?
Carian antarabangsa adalah carian yang berkualiti ke atas dokumen paten dan bahan rujukan teknikal yang berkaitan. Keputusan laporan carian antarabangsa dan pendapat bertulis oleh ISA adalah mengenai kebaharuan rekacipta permohonan tersebut.
17. Apakah itu penerbitan antarabangsa ?
Penerbitan antarabangsa ialah penerbitan kandungan permohonan paten antarabangsa ke seluruh dunia bersama-sama laporan carian antarabangsa oleh WIPO. Ianya diterbitkan selepas 18 bulan dari tarikh prioriti.
18. Apakah itu pemeriksaan permulaan antarabangsa?
Pemeriksaan permulaan antarabangsa ialah pemeriksaan ke atas kebolehpatenan (patentability) rekacipta dimana satu laporan akan dikeluarkan mengenai kebolehpatenan rekacipta tersebut. Laporan ini memberi pendapat bertulis keatas kriteria mematuhi kebolehpatenan bagi setiap tuntutan dimana pemeriksaan dijalankan untuk menilai peluang bagi mendapatkan perlindungan paten.
19. Bila dan bagaimanakah permohonan paten antarabangsa memasuki fasa nasional?
Pemohon hendaklah membuat permohonan untuk memasuki fasa nasional sebelum tamat tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti membayar fi memasuki fasa nasional dan mengemukakan satu salinan permohonan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris.
20. Apakah faedah PCT?
PCT memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa ke atas suatu rekacipta di negara lain dengan hanya memfailkan satu permohonan dimana sistem pemfailan ini dapat menjimatkan kos.
21. Di manakah permohonan paten dan perbaharuan utiliti boleh dikemukakan?
Pejabat Pendaftaran Paten.
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Kuala Lumpur atau di pejabat cawangan di Sabah dan Sarawak.
** Sekiranya anda mempunyai persoalan lain berkenaan paten, sila hubungi:
Nama | E-mel (@myipo.gov.my) | No. Telefon |
En. Kamal bin Kormin | kamal | 03-2299 8406 |
En. Razhuan bin Hussin | razhuan | 03-2299 8442 |
Pn. Zaiton binti Nordin | zaiton | 03-2299 8766 |
TRITI KERJASAMA PATEN (PCT)
PERMOHONAN FAIL ANTARABANGSA (PCT) :-
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) SEBAGAI PEJABAT PENERIMA
1.Bolehkah saya memfailkan permohonan antarabangsa di Malaysia?
Ya, mana-mana warganegara atau pemastautin Malaysia boleh menfailkan permohonan antarabangsa di Malaysia, yang mana Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai pejabat penerima.
2. Apakah kandungan permohonan antarabangsa?
Permohonan Antarabangsa mengandungi :
3. Apakah keperluan bagi memperolehi tarikh pemfailan antarabangsa?
Keperluan bagi memperoleh tarikh pemfailan antarabangsa adalah seperti berikut:
a.Pemohon hendaklah penduduk tetap atau warganegara,
b.Bahasa yang digunakan bagi permohonan antarabangsa hendaklah dalam Bahasa Inggeris,
c.Permohonan antarabangsa hendaklah mengandungi:
4.Apakah bayaran yang akan dikenakan?
Berikut adalah bayaran / fi bagi permohonan antarabangsa yang difailkan di MyIPO:
a. Bayaran Penghantaran (MyIPO)
b. Bayaran Pemfailan Antarabangsa (International Bureau)
c. Bayaran Carian (International Searching Authority)
5. Pihak berkuasa Carian Antarabangsa yang manakah boleh dipilih oleh pemohon bagi menjalankan carian antarabangsa?
a. Pejabat Harta Intelek Korea
b. Pejabat Paten Australia
c. Pejabat Paten Eropah
6. Selain MyIPO, adakah terdapat pejabat lain di mana pemastautin atau warganegara Malaysia boleh memfailkan permohonan antarabangsa?
A Pemastautin atau warganegara Malaysia boleh memfailkan permohonan antarabangsa di International Bureau (IB), WIPO yang bertindak sebagai pejabat penerima bagi warganegara dan pemastautin dari semua negara anggota PCT.
7. Bagaimanakah untuk saya memfailkan permohonan antarabangsa (PCT)?
Permohonan PCT boleh difailkan terus kepada MyIPO atau melalui pos.
8. Dimanakah boleh saya mendapatkan maklumat tambahan mengenai PCT?
Sila layari laman web WIPO bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan PCT dan PCT SAFE.
** Sekiranya anda mempunyai persoalan lain berkenaan PCT, sila hubungi:
PENDAFTARAN CAP DAGANGAN
Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain. Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.
Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Fungsi asal – Cap dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Fungsi pemilihan – Cap dagangan mempermudahkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Fungsi kualiti – Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan.
Fungsi pemasaran – Cap dagangan adalah medium pengiklanan yang berkesan bagi membolehkan pengeluar memasarkan barangan atau perkhidmatan.
Fungsi ekonomi – Sesuatu cap dagangan terkenal yang terbukti kualitinya, atau mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan atau dipindahmilik kepada pihak lain yang menjadikannya aset ekonomi.
Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815)
Akta Cap Dagangan 1976 (Akta 175)
Pindaan | Singkatan |
Act A881 | Cap Dagangan (Pindaan) Akta 1994 |
Act A1078 | Cap Dagangan (Pindaan) Akta 2000 |
Act A1138 | Cap Dagangan (Pindaan) Akta Act 2002 |
Peraturan-peraturan Cap Dagangan 2019
Guidelines of Trademarks (Transitional Matters) 2019
Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997
Pindaan | Singkatan |
P.U.(A) 228/2001 | Cap Dagangan (Pindaan) Peraturan 2001 |
P.U.(A) 251/2007 | Cap Dagangan (Pindaan) Peraturan 2007 |
P.U.(A) 47/2011 | Cap Dagangan (Pindaan) Peraturan 2011 |
Pendaftaran cap dagangan adalah penting untuk mendapat hak eksklusif bagi tujuan mengeksploitasi dan mengambil tindakan pelanggaran walau pun tidak wajib didaftarkan.
Pemilik tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah peruntukan Akta Cap Dagangan 2019. Walau bagaimanapun tindakan pelanggaran boleh diambil di bawah prinsip undang-undang lazim. Sekiranya cap dagangannya digunakan oleh pihak lain, mereka perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa berlaku kekeliruan di kalangan pengguna berkaitan dengan asal usul sesuatu barangan atau perkhidmatan serta membuktikan bahawa kedudukan pasaran mereka terjejas. Tindakan ini boleh menyebabkan perbalahan, rumit untuk diselesaikan dan memakan masa yang panjang serta melibatkan kos tinggi.
Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.
Permohonan pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada cap dagangan tersebut telah, sedang atau akan digunakan di masa hadapan.
Tidak semua cap dagangan boleh didaftarkan. Secara umum, sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan mestilah tidak mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 24 Akta Cap Dagangan 2019 dan Peraturan 4 Peraturan Cap Dagangan 2019.
Keperluan pemfailan :
Pemfailan permohonan boleh dibuat secara kelas tunggal atau berbilang kelas. Kos adalah RM 950.00 setiap kelas untuk senarai barangan/perkhidmatan yang telah diluluskan dan RM1100.00 setiap kelas tanpa senarai barangan/perkhidmatan yang telah diluluskan.
Sebelum meneruskan pemfailan cap dagangan, pemohon dinasihatkan untuk membuat carian cap dagangan bagi mengelakkan permohonan ditolak. Pemohon boleh memfailkan permohonan beserta pembayaran fi yang ditetapkan kepada Pendaftar untuk mendapatkan nasihat awal dan carian samada cap dagangan itu adalah prima facie boleh didaftarkan. Pemeriksaan akan dibuat berdasarkan alasan mutlak dan relatif.
Pemeriksaan dipercepat diperkenalkan untuk membenarkan cap dagangan yang mematuhi Akta Cap Dagangan dan Peraturan-Peraturan didaftarkan dalam tempoh 6 bulan dan 3 minggu dari pemfailan borang dan fi yang ditetapkan berserta alasan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan dipercepat tidak boleh digunakan untuk cap kolektif, cap pensijilan dan cap dagangan warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan atau urutan gerakan.
Sebab-sebab yang membenarkan untuk meminta peperiksaan yang dipercepat:
Terdapat dua alasan untuk penolakan sesuatu permohonan cap dagangan iaitu atas “alasan mutlak” dan “alasan relatif”.
Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi satu tempoh selama 10 tahun seterusnya.
Tidak, perlindungan cap dagangan adalah tertakluk kepada wilayah/negara. Pemilik cap dagangan perlu mendapatkan pendaftaran di setiap negara sama ada melalui pendaftaran dalam negara atau antarabangsa (sistem Madrid).
Malaysia telah menyertai Protokol Madrid, sebuah sistem pendaftaran cap dagangan antarabangsa yang ditadbir oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), dan telah berkuatkuasa pada 27 Disember 2019. Oleh itu, pemilik cap dagangan di Malaysia boleh mendaftarkan cap dagangan mereka menerusi Sistem Madrid, sistem pemfailan tunggal untuk pendaftaran di mana-mana negara anggota yang dipilih.
Dengan hanya memfailkan satu permohonan antarabangsa melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan membayar satu set fi dalam satu bahasa, pemilik cap dagangan boleh melindungi dan mempromosikan produk mereka di negara anggota dengan kos yang lebih murah dan mudah tanpa perlu berurusan di setiap negara yang ingin diteroka.
Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan cap dagangan dengan sendiri. Manakala, pemohon luar negara hendaklah memfailkan permohonan melalui ejen cap dagangan berdaftar.
Ejen cap dagangan berdaftar adalah orang perseorangan, firma atau syarikat yang berdaftar di dalam Daftar Ejen Cap Dagangan. Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakili dirinya di dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran cap dagangan.
** Sekiranya anda mempunyai persoalan lain berkenaan cap dagangan, sila Hubungi Kami.
PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
1. Apakah reka bentuk perindustrian?
Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk. Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua dimensi. Ciri-ciri tiga atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada suatu barang siap hendaklah melalui kaedah perindustrian. Ciri-ciri tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk tersebut.
2. Apakah reka bentuk perindustrian yang tidak boleh dilindungi?
3. Bagaimanakah cara untuk menfailkan permohonan bagi mendaftarkan reka bentuk perindustrian?
Permohonan bagi mendaftarkan reka bentuk perindustrian hendaklah menyertakan:
4. Bilakah sesuatu permohonan harus difailkan?
Tuntutan hak adalah berdasarkan kepada pertama difailkan atau first to file. Pemohon perlu menfailkan permohonan reka bentuk perindustrian secepat mungkin atau sebelum sesuatu barang itu dizahirkan kepada awam. Sesuatu reka bentuk perindustrian adalah dianggap sebagai rahsia sebelum ianya dizahirkan.
5. Siapakah yang layak memohon untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian?
Pencipta asal suatu reka bentuk perindustrian adalah berhak untuk membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat atas nama individu atau syarikat. Bagaimanapun ejen reka bentuk perindustrian boleh dilantik untuk menfailkan permohonan. Sekiranya alamat atau pejabat perniagaan pemohon adalah di luar Malaysia, pemohon perlu melantik ejen yang berdaftar dengan Pendaftar Reka Bentuk perindustrian.
6. Berapa lamakah proses pendaftaran reka bentuk perindustrian?
Suatu permohonan yang lengkap boleh didaftarkan dalam tempoh 8 bulan daripada tarikh penerimaan borang, dokumen dan yuran pemfailan yang lengkap. Walau bagaimanapun tempoh tersebut boleh berlanjutan sehingga 14 bulan sekiranya memerlukan dokumen atau penjelasan tambahan .
7. Berapa lamakah tempoh perlindungan diberi kepada reka bentuk perindustrianyang berdaftar?
Tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian berdaftar adalah selama 5 tahun berkuatkuasa dari tarikh pemfailan. Perlindungan tersebut boleh dilanjutkan selama 4 tempoh dimana setiap tempoh perlindungan adalah selama 5 tahun. Tempoh maksima perlindungan ialah 25 tahun.
8. Apakah syarat bagi membolehkan reka bentuk perindustrian itu didaftarkan?
Reka bentuk perindustrian itu hendaklah baru di Malaysia dan di dunia serta ianya tidak pernah dizahirkan kepada awam sebelum permohonan difailkan. Reka bentuk perindustrian tersebut juga hendaklah tidak terdapat dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian.
9. Apakah hak yang diperolehi dengan mendaftarkan reka bentuk perindustrian?
Pemilik reka bentuk perindustrain berdaftar mempunyai hak eksklusif ke atas reka bentuk perindustrian di mana pemilik berhak untuk membuat, mengimport, menjual dan juga melesenkan atau menyewakan apa-apa barang yang menggunakan reka bentuk perindustrian tersebut. Pengguna lain haruslah memperolehi kebenaran pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar sebelum menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar berkenaan. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang melakukan pelanggaran dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelanggaran.
10. Apakah yang perlu di buat sekiranya pemohon ingin menuntut tarikh prioriti pendaftaran luar negara miliknya?
Pemohon perlu membuat tuntutan semasa pemfailan borang permohonan. Tarikh prioriti dan negara dimana pendaftaran terawal dituntut perlu dicatatkan. Tuntutan perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan luar negara. Dokumen prioriti dan terjemahan perlu dikemukakan sebagai bukti.
11. Apakah yang boleh dilakukan sekiranya ada pihak yang meniru reka bentuk perindustrian berdaftar?
Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan reka bentuk perindustriannya tanpa kebenaran. Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah. Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang melalui tindakan sivil dibawah peruntukan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 atau tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
12. Bilakah sesuatu barang yang menggunakan reka bentuk perindustrian itu boleh dikeluarkan atau dijual?
Pada bila-bila masa selepas suatu permohonan telah difailkan. Pemilik juga boleh mengeksplotasikan rekabentuk di pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun pemilik hendaklah terlebih dahulu memperolehi perlindungan di negara yang berkaitan.
13. Bolehkan reka bentuk perindustrian itu didedahkan kepada umum?
Reka bentuk perindustrian boleh didedahkan kepada umum sebaik sahaja ianya didaftarkan. Maklumat dan butiran pendaftaran yang tercatat pada Daftar Reka Bentuk Perindustrian dan Sistem Jurnal Rasmi Harta Intelek untuk pemeriksaan awam.
14. Perlukan seseorang itu mendaftarkan reka bentuk perindustriannya?
Sesuatu reka bentuk perindustrian tidak akan mendapat perlindungan sekiranya ia tidak didaftarkan. Bagi membolehkan suatu reka bentuk perindustrian itu dilindungi, ia hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian Malaysia.
15. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia?
Tidak. Pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan hanya di Malaysia. Pemilik reka bentuk yang ingin mendapat perlindungan di luar negara perlu menfailkan permohonan di negara berkaitan. Walaubagaimana pun pemohon boleh menggunakan pendaftaran di Malaysia untuk menuntut tarikh prioriti di mana-mana negara yang menjadi ahli Paris Convention dengan syarat permohonan difailkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan di Malaysia.
16. Di manakah permohon boleh dikemukakan?
Permohonan surat-menyurat dan pertanyaan hendaklah dimajukan kepada:
Ibu Pejabat
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Unit 1-7, Aras Bawah,
Menara UOA Bangsar,
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2299 8400
Faks: +603-2299 8989
Pejabat Sabah: | ||
Perbadanan Harta Intelek Malaysia | ||
Tingkat 6, Blok C, | ||
49, Jalan Karamunsing, | ||
Bangunan KWSP | ||
PO BOX 2068 | ||
88999 Kota Kinabalu, Sabah. | ||
No. Telefon | : | +6088 254 524 |
No. Faks | : | +6088 257 046 |
Pejabat Sarawak: | ||
Perbadanan Harta Intelek Malaysia | ||
Lot 9936, (Sub Lot 5), Aras 3, Queen’s Court, | ||
93000 Kuching, Sarawak. | ||
No. Telefon | : | +6082 459 075/ +6082 459 076 |
No. Faks | : | +6082 455 052 |
** Sekiranya anda mempunyai persoalan lain berkenaan reka bentuk perindustrian, sila hubungi kami.
PENDAFTARAN PETUNJUK GEOGRAFI
1) Apa itu petunjuk geografi?
Akta Petunjuk Geografi 2000 mendefinisikan petunjuk geografi sebagai suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah berpunca dari tempat asal geografinya.
2) Adakah Malaysia mempunyai barangan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000?
Malaysia mempunyai beberapa barangan yang layak dan telah didaftarkan sebagai petunjuk geografi. Barangan ini juga telah dieksploitasikan secara komersil di dalam dan luar Negara. Salah satu contohnya adalah ‘Sarawak Pepper’ iaitu produk lada hitam yang dihasilkan di negeri Sarawak. Lada hitam dari Sarawak ini telah dikenali di peringkat antarabangsa kerana produk yang dihasilkan dari wilayah Sarawak ini berkualiti dan mempunyai reputasi yang baik. Selain itu juga, barangan petunjuk georafi yang telah didaftarkan di Malaysia adalah ‘Sabah Tea’, ‘Tenom Coffee’, ‘Borneo Virgin Coconut Oil’ dan ‘Sabah Seaweed’. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini berasal dari negeri Sabah.
3) Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunapakai ke atas barangan keluaran pertanian?
Penggunaan petunjuk geografi adalah tidak terhad atau tertakluk kepada keluaran pertanian sahaja. Ini kerana petunjuk geografi boleh digunapakai bagi barangan keluaran semulajadi seperti Gamat Langkawi dan juga hasil kraftangan seperti Songket Terengganu, Batik Kelantan serta makanan seperti Belacan Papar dan Budu Kelantan.
4) Adakah pendaftaran petunjuk geografi ini wajib?
Pendaftaran petunjuk geografi tidak diwajibkan namun pendaftaran amat digalakkan untuk melindungi kepentingan pengeluar dan pengguna. Tuan punya petunjuk geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi barangan petunjuk geografi bagi mendapat pengikhtirafan baik di dalam negara mahupun luar negara.
5) Bolehkah petunjuk geografi didaftarkan oleh individu?
Pendaftaran petunjuk geografi bukanlah merupakan konsep pemilikan persendirian oleh seseorang individu tetapi konsep pemilikan bersama bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan geografi yang dinyatakan. Petunjuk geografi juga boleh didaftarkan oleh suatu pihak yang berwibawa seperti pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan berkanun; dan organisasi atau persatuan perdagangan.
6) Apakah perbezaan di antara barangan yang mempunyai tanda petunjuk geografi dengan barangan yang sebaliknya?
Kualiti dan ciri-ciri unik sesuatu barangan petunjuk geografi adalah dipengaruhi oleh kedudukan geografi tempat barangan itu dikeluarkan. Barangan petunjuk geografi yang dijamin kualiti dan mempunyai reputasi yang baik boleh menjadi terkenal di seluruh dunia dan mudah diterima di pasaran. Sekiranya sesuatu barangan tidak mempunyai kualiti dan ciri-ciri unik yang dipengaruhi oleh kedudukan geografi tempat barangan itu dikeluarkan, maka barangan itu tidak boleh dianggap sebagai barangan petunjuk geografi. Ciri-ciri inilah yang membezakan sesuatu barangan petunjuk geografi dengan barangan yang tiada ciri-ciri petunjuk geografi.
7) Berapa lamakah tempoh perlindungan petunjuk geografi yang diperuntukan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000?
Tempoh perlindungan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama 10 tahun dari tarikh pemfailan. Pembaharuan pendaftaran boleh dibuat bagi setiap 10 tahun selagi petunjuk geografi itu digunapakai.
8) Apakah skop perlindungan petunjuk geografi di Malaysia?
Perlindungan petunjuk geografi adalah terhad di negara di mana ianya didaftarkan. Sehubungan itu, petunjuk geografi yang didaftarkan di Malaysia hanya dilindungi di negara ini sahaja. Bagi mendapatkan perlindungan di negara lain, petunjuk geografi berkenaan perlu didaftarkan di negara berkaitan.
9) Apakah perbezaan di antara petunjuk geografi dengan cap dagangan?
Cap dagangan adalah sesuatu tanda untuk mengenalpasti sesuatu barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan tanda ini dapat membezakan barangan tersebut dengan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar lain. Manakala petunjuk geografi adalah indikasi di mana barangan tersebut dihasilkan dan mempunyai ciri yang berkait rapat dengan tempat pengeluarannya atau kedudukan geografi. Selain itu juga, setiap barangan petunjuk geografi boleh menggunapakai cap dagangan yang berbeza di antara satu peniaga dengan peniaga yang lain, namun mestilah merupakan barangan petunjuk geografi yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar yang diberi hak ke atas petunjuk geografi tersebut.
10) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terkilan jika didapati petunjuk geografi yang digunakan adalah mengelirukan orang ramai?
Mana-mana pihak yang terkilan boleh memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi (Harta Intelek).
** Sekiranya anda mempunyai persoalan lain berkenaan petunjuk geografi, sila hubungi kami.
PENDAFTARAN SECARA SUKARELA HAK CIPTA
1. Apakah itu hakcipta?
Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia.
2. Apakah akta yang melindungi hakcipta?
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.
3. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta?
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah:
(i) Karya sastera;
(ii) Karya muzik;
(iii) Karya seni;
(iv) Filem;
(v) Rakaman bunyi;
(vi) Siaran (broadcast); dan
(vii) Karya terbitan.
4. Adakah Malaysia mempunyai sistem pendaftaran hakcipta?
Buat masa sekarang Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta.
5. Bagaimanakah cara untuk membuktikan pemilikan hakcipta?
Terdapat dua cara:
• Melalui surat Akuan Bersumpah di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960; atau
• Melalui sampul surat yang mengandungi karya hakcipta yang dilakri dan seterusnya diposkan
ke alamat sendiri.
6. Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk mendapatkan perlindungan hakcipta?
Hakcipta wujud apabila syarat-syarat berikut dipenuhi:
• Karya tersebut adalah asli;
• Karya tersebut telah direkodkan, ditulis atau dijadikan dalam bentuk bahan;
• Penciptanya mestilah orang berkelayakan; dan
• Karya tersebut dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama adalah di Malaysia.
7. Siapakah pemilik sebenar hakcipta?
Pemilikan hakcipta bergantung kepada keadaan-keadaan berikut:
• Sekiranya karya dibuat di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan;
– Hakcipta adalah milik majikan
• Sekiranya karya itu ditempah;
– Hakcipta adalah milik pihak yang membuat tempahan
8. Bolehkan hakcipta dipindahmilik?
Seperti harta mudah alih lainnya, hakcipta boleh dipindahmilik melalui:
• Penyerahan,
• Pemberian wasiat,
• Penguatkuasa undang-undang
9. Apakah hak lain yang dipegang oleh tuan punya hakcipta selain daripada hak komersial karya hakcipta?
Undang-undang hakcipta memberikan hak moral kepada tuan punya hakcipta.
10. Apakah jenis hak moral tersebut?
Dua jenis hak moral ialah:
• Hak untuk dikenali sebagai pencipta karya; dan
• Hak supaya karya tidak dicacatkan
11. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh tuan punya hakcipta sekiranya berlaku perlanggaran hakcipta ?
Sekiranya berlaku perlanggaran hakcipta, tuan punya karya hakcipta boleh mengambil tindakan undang-undang
seperti gantirugi kewangan serta injuksi
12. Berapa lamakah tempoh perlindungan hakcipta?
• Bagi karya sastera, seni dan muzik tempoh perlindungan adalah semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas
kematiannya;
• Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran, perlindungan adalah selama 50 tahun selepas tarikh ia diterbitkan;
13. Apakah hak-hak eksklusif pemilik hakcipta?
Sebagai pemilik hakcipta, mereka boleh;
• Melakukan pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan;
• Melakukan penyampaian kepada masyarakat awam;
• Membuat pertunjukkan, tayangan atau permainan kepada awam;
• Melakukan pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan
lainnya;dan
• Melakukan penyewaan secara komersial kepada masyarakat awam
14. Apakah perlanggaran hakcipta?
Perlanggaran hakcipta adalah perkara-perkara yang dilakukan yang melanggar hak eksklusif pemilik hakcipta
seperti:
• Melakukan pengeluaran semula sesuatu karya tanpa kebenaran tuanpunya karya;
• Melakukan penyampaian kepada masyarakat awam tanpa kebenaran tuan punya karya;
• Mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan mendapat keuntungan;
• Membuat salinan langgaran dan seterusnya menawarkan untuk jualan;
• Menyewakan salinan langgaran;
• Mempamerkan kepada masyarakat umum apa-apa salinan langgaran;
• Membuat atau memiliki sebarang perekaan yang boleh digunakan untuk maksud membuat salinan langgaran.
15. Apakah pengecualian yang diberikan oleh Akta Hakcipta kepada pengguna karya?
Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut adalah dibenarkan tertakluk kepada
penghargaan yang diberikan kepada pencipta karya:
• Penggunaan bagi tujuan penyelidikan;
• Penggunaan bagi pengajian persendirian; dan
• Penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa.
16. Siapakah yang bertanggunjawab terhadap penguatkuasaan hakcipta?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Bahagian Penguatkuasa) dan Polis
Diraja Malaysia bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang hakcipta.
17. Apakah yang dimaksudkan dengan badan kutipan royalti hakcipta?
Badan kutipan royalti hakcipta adalah badan yang diberikan kuasa untuk memungut bayaran royalti bagi pihak
tuan punya hakcipta.
18. Adakah kerajaan mengiktiraf badan-badan ini?
Badan-badan ini mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan selaras dengan peruntukkan yang diberikan di
bawah Akta Hakcipta 1987.
19. Apakah fungsi badan-badan pemungut ini?
Badan-badan pemungut ini mengeluarkan lesen kepada pihak yang mahu menggunakan karya hakcipta di
tempat awam dan seterusnya royalti yang dikumpulkan akan diagihkan kepada pemunya karya setiap tahun.
20. Apakah pihak kerajaan yang menetapkan kadar royalti yang dipungut oleh pihak badan kutipan?
Kerajaan tidak mengawal dan tidak terlibat dalam menetapkan kadar tersebut. Ia ditetapkan secara kontrak
antara pemunya dan badan kutipan.
21.Kenapa pihak kerajaan tidak boleh terlibat di dalam menetapkan kadar ini?
Ini adalah kerana hakcipta adalah hak eksklusif tuanpunya karya.
22.Sekiranya berlaku pertelingkahan di antara pemunya hakcipta dengan badan-badan kutipan royalti ini,
apakah tindakan yangboleh diambil oleh pihak pemunya hakcipta?
Sebarang pertelingkahan berkenaan royalti ataupun lesen yang diselenggarakan oleh pihak badan kutipan
boleh dikemukakanke Tribunal Hakcipta.
23.Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan ke Tribunal Hakcipta?
Permohonan boleh dibuat dengan:
• Menulis kepada Setiausaha Tribunal iaitu Bahagian Hakcipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
24.Apakah yang dimaksudkan dengan hak pelaku?
Hak pelaku adalah hak diberikan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam persembahan awam
secara langsung contohnya penyanyi, pemuzik,penari dan pelakon.
25.Apakah hak yang diberikan di bawah Akta Hakcipta 1987 kepada pelaku?
Akta Hakcipta 1987 melalui pindaan pada tahun 2000 telah memberikan hak bagi menikmati ‘equitable
remuneration’ kepada pihak pelaku. Pelaku layak mendapat ‘equitable remuneration’ sekiranya:
• Karya rakaman bunyi yang menggunakan suara dan muzik pelaku diterbitkan untuk tujuan komersial
• Pengeluaran semula mana-mana karya rakaman bunyi untuk tujuan persembahan kepada masyarakat awam
• Persembahan tersebut digunakan secara terus untuk siaran
• Persembahan tersebut digunakan untuk masyarakat awam.
26.Berapa lamakah tempoh perlindungan yang diberikan kepada pelaku?
Hak pelaku mendapat perlindungan selama 50 tahun dari tarikh persembahan dibuat.
27.Apakah kelayakan bagi perlindungan pelaku?
Bagi mendapatkan perlindungan bagi hak pelaku, syarat-syarat berikut mestilah dipenuhi:
• Pelaku mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
• Sekiranya bukan warganegara atau bukan pemastautin tetap, tetapi persembahannya mestilah –
Diadakan di Malaysia
• Telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987; atau
• Belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi
di bawah Akta Hakcipta 1987.
** Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lain berkenaan hakcipta, sila hubungi kami.
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO