PROGRAM SUPER IDEA (INNOVATORS & ENTREPRENEURS ASSEMBLE): DIDIK PELAJAR BERINOVASI DAN BERKREATIVITI


23 Januari 2024 – MyIPO telah mengadakan Program Super IDEA (Innovators & Entrepreneurs Assemble), bersempena dengan sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 (HHIN2024). Program ini dijalankan secara serentak di enam (6) buah sekolah menengah di lokasi terpilih berhampiran dengan Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan MyIPO.
Program Super IDEA yang diadakan di Petaling Jaya telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun, Petaling Jaya. Melalui inisiatif ini, MyIPO berharap dapat mewujudkan generasi yang menghargai dan memahami kepentingan harta intelek, seiring dengan visi Kerajaan untuk membangunkan masyarakat yang berilmu, kreatif, dan inovatif.
Terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun selaku tuan rumah atas kerjasama bagi memberi ruang kepada MyIPO untuk mengadakan program ini.

SUPER IDEA PROGRAM (INNOVATORS & ENTREPRENEURS ASSEMBLE): EDUCATING STUDENTS TO INNOVATE AND BE CREATIVE


23 April 2024 – MyIPO organized the Super IDEA Program (Innovators & Entrepreneurs Assemble) in conjunction with the celebration of National Intellectual Property Day 2024 (HHIN2024). This program was conducted concurrently in six (6) selected secondary schools near the Headquarters and Branch Offices of MyIPO.
The Super IDEA Program held in Petaling Jaya was officiated by YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun, Petaling Jaya. Through this initiative, MyIPO hopes to cultivate a generation that values and understands the importance of intellectual property, in line with the Government’s vision to develop a knowledgeable, creative, and innovative society.
We extend our gratitude to Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun for hosting and collaborating with MyIPO to organize this program.