Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
21 Julai 2022 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganjurkan Program Youth Celik IP bertempat di Politeknik Muadzam Shah Pahang.
Program Youth Celik IP adalah inisiatif MyIPO untuk memberi pendedahan awal dan komprehensif mengenai harta intelek kepada kumpulan sasar di sektor pendidikan iaitu pelajar dan pensyarah. Seramai 100 orang pelajar program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dari 15 buah politeknik dan 20 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia telah menyertai program ini.
Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Haris Lakar dalam ucapan perasmian penutupnya berkata, pemilihan pelajar TVET sebagai peserta program ini dilihat sangat relevan berikutan penglibatan langsung mereka dalam bidang teknikal dan inovasi. Pelajar TVET juga berpotensi dalam memiliki harta intelek dan seterusnya dapat menjana pendapatan hasil dari inovasi dan kreativiti.
Program selama tiga hari ini menerapkan konsep memiliki, melindungi, mengkomersil dan membudayakan harta intelek dalam aktiviti yang dijalankan dengan mengambil pendekatan pembelajaran secara santai, berinformasi dan bermotivasi.
Bengkel asas harta intelek turut diadakan kepada pensyarah yang hadir sebagai platform kepada pengurusan dan pensyarah untuk memahami prosedur pemfailan harta intelek.
Hadir sama ke majlis perasmian penutup program tersebut adalah Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Riam A/P Chau Mai, Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Che Alias Mohd Yusof serta Penolong Ketua Pengarah (Pembangunan Perniagaan) MyIPO, Sheikh Ariffin Sheikh Mohd Noor.
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO