BENGKEL PENDERAFAN PATEN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)


13 Oktober 2021 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengadakan Bengkel Penderafan Paten bersama Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Pahang (UMP) secara dalam talian selama tiga hari.

Objektif bengkel ini adalah bagi meningkatkan kefahaman mengenai harta intelek dan kemahiran dalam menderaf dan memfailkan harta intelek di kalangan para penyelidik dan pensyarah UMP.

Bengkel ini telah menerima penyertaan seramai 20 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pensyarah UMP. Peserta dibahagikan kepada tiga breakout room yang dikendalikan oleh fasilitator daripada MyIPO.