Contoh format spesifikasi paten | |
Spesifikasi Paten – Penerangan | |
Rekacipta/inovasi hendaklah dinyatakan dengan jelas dan lengkap bagi membolehkan seseorang yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang teknologi menjalankan pemeriksaan ke atas rekacipta tersebut. Perihalan hendaklah dinyatakan dengan menggunakan turutan tajuk di bawah:
|
|
Spesifikasi Paten – Tuntutan | |
Fungsi utama tuntutan adalah untuk menjelaskan skop perlindungan paten. Tuntutan hendaklah jelas, ringkas dan mesti disokong oleh perihalan yang dizahirkan di bahagian penerangan di dalam perihalan paten. [Peraturan 13 dan14] Tuntutan adalah bahagian yang terpenting dari spesifikasi paten dan disebab oleh sifat perundangannya, adalah mungkin yang paling sukar untuk disediakan. Sebagai contoh, spesifikasi paten boleh menerangkan suatu rekacipta yang berjaya dikomersialkan tetapi disebabkan oleh kelemahan atau kesilapan dalam penderafan, tuntutan mungkin dibatalkan kerana ia telah didrafkan secara terlalu umum menyebabkan ia tidak baru atau tiada langkah merekacipta. Tuntutan juga mungkin dideraf terlalu terhad sehingga mudah bagi pesaing untuk mendapatkan faedah dari rekacipta tersebut tanpa pelanggaran tuntutan. Tuntutan mesti dimulakan pada muka surat baru dan setiap tuntutan hendaklah ditulis sebagai satu ayat. Di mana bersesuaian, tuntutan harus menerangkan rekacipta/inovasi terlebih dahulu dengan menyatakan latarbelakang teknologi terdahulu, diikuti oleh bahagian “characterising”. Bahagian ini menerangkan tentang ciri-ciri rekacipta/inovasi yang ingin dilindungi. Setiap ciri-ciri teknikal yang dinyatakan di dalam tuntutan dan diilustrasikan dalam lukisan harus diikuti oleh rujukan angka tanda kurungan. Hanya satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi perbaharuan utiliti manakala lebih dari satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi paten. Walau bagaimanapun tuntutan-tuntutan di dalam spesifikasi paten hendaklah berkaitan dengan rekacipta yang sama. |
|
Spesifikasi Paten – Ringkasan (Abstrak) | |
Ringkasan adalah penerangan ringkas mengenai penzahiran yang terkandung di dalam perihalan dan tuntutan. Ringkasan hendaklah dideraf dengan efisyen untuk tujuan carian teknikal. Ia tidak harus mengandungi pernyataan tentang merit atau nilai rekacipta/inovasi. [Peraturan 16]
Ringkasan hendaklah dimulakan pada muka surat baru dengan tajuk rekacipta dan seringkas yang mungkin dari perihalan (tidak melebihi dari 150 perkataan). Pemohon harus menyatakan lukisan yang sesuai (jika ada) untuk disertakan bersama ringkasan, dalam kurungan di penghujung ringkasan. Setiap ciri-ciri utama yang dinyatakan dalam ringkasan dan diillustrasikan di dalam lukisan hendaklah diikuti oleh angka rujukan di dalam kurungan. |
|
PERHATIAN : Sebelum menyediakan perihalan, tuntutan dan lukisan, pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat carian ke atas dokumen paten yang terdahulu dan dokumen teknikal di dalam bidang teknologi yang berkaitan dengan tujuan untuk memperolehi petunjuk tentang kebaharuan rekacipta/inovasi. |