Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
Siapa yang patut hadir ke program ini?
Maklumat berkenaan kursus ini: Ini adalah kursus/bengkel yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran intrapreneurs dalam menggunakan teknologi dari dalam atau luar syarikat dalam membangunkan produk/proses baru bagi sesuatu syarikat. Bengkel ini meliputi pelbagai topik pemindahan teknologi seperti:
Tarikh: 18 hingga 20 April 2018 – (Sesi Intrapreneur & Usahawan)
Lokasi: Akademi Harta Intelek, Aras 12A, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.
Mengapa intrapreneur harus menghadiri bengkel ini: Universiti mempunyai fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkualiti tinggi dan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk menghasilkan teknologi yang mantap bagi menyokong keperluan inovasi dalam sesuatu perniagaan atau industri. Bengkel ini akan mengajar usahawan mengenai bagaimana mengenal pasti teknologi yang betul dan menguruskan proses pemindahan teknologi dari universiti kepada industri.
Penceramah: Penceramah utama bagi bengkel ini ialah Dr. Richard S. Cahoon. Beliau adalah Presiden sebuah firma perundingan pengurusan harta intelek (IP) antarabangsa dan firma perundingan teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Beliau adalah Pengarah pemindahan teknologi di Cornell University selama dua puluh tahun. Dr. Cahoon mempunyai pengalaman hampir empat puluh tahun dalam pengkomersialan, keusahawanan, strategi IP & pembangunan perniagaan. Dr Cahoon telah membantu mewujudkan banyak syarikat teknologi baru dan telah menjadi ahli lembaga beberapa syarikat dan pertubuhan bukan keuntungan.
Penganjur: World Intellectual Property Organization (WIPO) dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan bantuan Japan Patent Office (JPO)
Yuran Penyertaan: Percuma. Bengkel ini ditaja oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) & Pejabat Paten Jepun (JPO).
“Seminar disampaikan oleh penceramah luar negara dalam Bahasa Inggeris”
Bagaimana untuk mendaftar: Isikan butir-butir dalam borang pendaftaran seperti berikut. Bilangan penyertaan adalah terhad. Pemohon yang berjaya akan diberitahu kemudian.
Pendaftaran telah ditutup.
Atau anda juga boleh menghubungi kami di:
03-2299 8589 (Puan Nor Shafiza) atau
03-2299 8481 (Encik Mohamed Ikhwan) atau
03-2299 8526 (Cik Ivy) atau
03-2299 8802 (Cik Fazira) atau
melalui e-mel: tisc@myipo.gov.my.
Tarikh tutup: 30 Mac 2018 (Jumaat)
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
MyIPO menawarkan pengisian kekosongan bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
Tempoh Permohonan: 15 – 28 November 2023
[tc-m id=”3″]
We look forward to welcoming those who want to be part of our dynamic team to drive the IP industry in Malaysia.
We are hiring for the following positions click link below:
Application deadline: 15 – 28 November 2023
Kami mengalu-alukan mereka yang komited untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami untuk memacu industri harta intelek di Malaysia.
MyIPO menawarkan pengisian kekosongan bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
Tempoh Permohonan: 15 – 28 November 2023
[tc-m id=”3″]
We look forward to welcoming those who want to be part of our dynamic team to drive the IP industry in Malaysia.
We are hiring for the following positions click link below:
Application deadline: 15 – 28 November 2023