Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
PENGENALAN |
Program Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) tahun 2025 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh Kerajaan. Geran ini ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. |
Dana IP 2.0 ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan pemfailan harta intelek di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara. |
TARIKH PERMOHONAN |
Permohonan Dana IP 2.0 ini dibuka bermula dari 24 Januari 2025 sehingga 31 Mei 2025 @ kuota penuh. |
KRITERIA PERMOHONAN |
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut: |
1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas |
2. Terbuka kepada: |
i. Individu; | |
ii. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / Syarikat Milikan Tunggal / Perkongsian; | |
iii. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi / Kementerian; | |
iv. Komuniti Setempat / Tempatan (bagi Petunjuk Geografi); | |
v. Pelajar Kolej / Institusi Kemahiran / Politeknik / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Setaraf; dan | |
vi. Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah) |
3. Pemohon hanya layak memohon SATU dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut: |
i. Cap Dagangan | |
ii. Paten; | |
iii. Reka Bentuk Perindustrian; | |
iv. Hak Cipta; dan | |
v. Petunjuk Geografi (komuniti setempat/tempatan) |
SYARAT & MAKLUMAN SEBELUM MENGISI BORANG |
1. Sebelum mengisi permohonan Dana IP 2.0, sila pastikan anda menyediakan dan melengkapkan semua dokumen yang diperlukan. |
2. Permohonan dalam talian dikehendaki memuat naik dokumen mengikut format yang betul iaitu DOC/PDF/JPEG/PNG. |
3. Permohonan yang dimohon akan melalui proses saringan dan pemilihan yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Saring & Pemilihan Dana Harta Intelek. Ia bukannya automatik diterima di bawah program ini. |
4. Pihak Urus Setia Dana IP 2.0 akan memaklumkan sebarang keputusan permohonan melalui emel yang didaftarkan di dalam borang. Mohon pastikan emel yang ditulis di dalam borang masih aktif untuk dihubungi. |
5. Pemohon yang berjaya diwajibkan untuk menandatangani Aku Janji Dana dan wajib mematuhi segala syarat-syarat yang terkandung dalam Aku Janji tersebut. |
6. Pemohon yang berjaya akan dibantu dalam proses penyediaan dokumentasi pemfailan dan diberikan baucer untuk membuat pembayaran bagi pemfailan harta intelek di kaunter pembayaran MyIPO (Ibu Pejabat/Cawangan). |
7. Dana ini akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk BAUCER PEMFAILAN bukannya wang tunai. Baucer pemfailan yang diberikan tidak boleh dipindah milik. |
8. Sekiranya pemohon tidak memberi maklum balas berhubung perkara ini mengikut masa yang ditetapkan, pemohon dianggap TIDAK BERMINAT terhadap Dana IP 2.0 yang ditawarkan ini dan PEMFAILAN AKAN DIBATALKAN dan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Urus Setia Dana. |
9. Maklumat yang diperlukan mengikut komponen yang ingin dimohon adalah: |
i. Permohonan Paten |
a) Maklumat pereka cipta sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang; | |
b) Rajah, tatacara atau lukisan yang boleh membantu untuk memahami cara penggunaan reka cipta ini (jika ada); | |
c) Maklumat tambahan/ dokumen sokongan seperti feature table; literature search (jika ada). |
ii. Permohonan Cap Dagangan |
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang; | |
b) Gambar cap dagangan / logo yang jelas untuk didaftarkan; | |
c) Borang TMA1 (Borang Pendapat dan Carian Awal); | |
d) Dokumen Sijil Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (jika ada) yang masih aktif. |
iii. Permohonan Reka Bentuk Perindustrian |
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang; | |
b) Gambar reka bentuk yang ingin didaftarkan (Pandangan perspektif / hadapan / belakang / pandangan sisi / atas / bawah. Sekurang-kurangnya SATU (1) pandangan); | |
c) Dokumen Sijil Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (jika ada) yang masih aktif. |
iv. Permohonan Hak Cipta |
a) Maklumat pemohon sekiranya melebihi daripada SATU (1) orang; | |
b) Borang CR-1 (Borang Pemberitahuan Hak Cipta Dalam Sesuatu Karya); | |
c) Salinan Karya dalam format softcopy (CD/DVD/pendrive). Saiz karya tidak melebihi 3GB. | |
d) Borang CR-1 dan salinan karya perlu di hantar kepada Urus Setia Dana IP 2.0 dalam masa 3 hari bekerja. Sekiranya pihak Urus Setia tidak menerima borang CR-1 dan salinan karya yang dimohon ini, permohonan anda tidak akan dipertimbangkan. |
v. Petunjuk Geografi (hanya untuk komuniti setempat/tempatan) |
SKOP PEMBIAYAAN |
1. Pembiayaan Dana IP 2.0 tahun 2025 adalah merangkumi pembiayaan berikut: |
i. Fi rasmi pemfailan harta intelek kepada MyIPO; dan |
ii. Kos carian dan penderafan oleh ejen paten yang berdaftar di bawah program Dana Pemfailan Harta Intelek (Ejen Paten Dana IP 2.0) (bagi permohonan paten / perbaharuan utiliti (UI)) |
2. Dana akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk BAUCER PEMFAILAN. Baucer pemfailan yang diberikan tidak boleh dipindah milik. |
JENIS HARTA INTELEK | PEMBIAYAAN |
Cap Dagangan | Borang TMA1 – Borang pendapat dan carian awal |
Borang TMA2 – Borang permohonan pendaftaran cap dagangan | |
Borang TMA4 – Permohonan pemeriksaan substantif dipercepatkan | |
Fi pengimbasan | |
Paten / Perbaharuan Utiliti (UI) | Borang 1 – Borang permohonan paten; atau Borang 14 Permohonan bagi pemberian sijil perbaharuan utiliti |
Borang 5 – Borang permintaan bagi pemeriksaan substantif | |
Borang 17 – Borang pelantikan ejen paten | |
Borang 22 – Borang penyataan justifikasi hak pemohon ke atas paten / perakuan | |
Kos perkhidmatan ejen paten bagi menjalankan carian paten (prior art search) | |
Kos perkhidmatan ejen paten bagi penderafan spesifikasi paten dan kos melengkapkan borang-borang berkaitan pemfailan paten | |
Fi pengendalian | |
Reka Bentuk Perindustrian | Borang ID 1 – Borang permohonan reka bentuk perindustrian & (sudut pandangan seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Dana Harta Intelek) |
Borang ID 9 – Borang permintaan pindaan permohonan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian | |
Carian Awam | |
Hak Cipta | Borang CR-1 – Borang pemberitahuan hak cipta dalam sesuatu karya |
Petunjuk Geografi | Borang GIA1 – Borang permohonan bagi pendaftaran suatu petunjuk geografi |
Borang GIA7 – Iklan bagi pendaftaran |
BORANG PERMOHONAN |
1. Borang permohonan Dana IP 2.0 mengikut komponen boleh di muat turun seperti berikut: |
a) Cap Dagangan |
Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: https://tinyurl.com/borangcapdagangan2025 |
b) Paten / Perbaharuan Utiliti |
Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: https://tinyurl.com/borangpatenUI2025 |
c) Hak Cipta |
Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: https://tinyurl.com/boranghakcipta2025 |
d) Reka Bentuk Perindustrian |
Borang dan panduan cara mengisi borang di pautan berikut: https://tinyurl.com/borangRBP2025 |
2. Permohonan Dana IP 2.0 boleh dibuat melalui pautan berikut: https://tinyurl.com/borangpermohonandana2025 |
HUBUNGI KAMI |
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) tahun 2025 boleh diajukan kepada: |
Urus Setia Dana IP 2.0 untuk dihubungi: |
En. Azri – 03-7490 2858 |
Pn. Nor Shafiza – 03-7490 2857 |
Pn. Nur Ain Nabila – 03-7490 2859 |
Emel: dana2.0@myipo.gov.my |
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO