Press Releases
1. MEET & GREET WITH FRIENDLY MEDIA
2. MyIPO, EUROPEAN PATENT OFFICE AND JAPAN PATENT OFFICE SIGN MoU TO PURSUE COLLABORATION ON IP SYSTEMS AND PRACTICES
YBHG. DATUK ROSTAM AFFENDI DATO’ SALLEH
YBhg. Datuk Rostam Affendi bin Dato ‘Salleh telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkuatkuasa pada 13 Februari 2019.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat, Diploma Pentadbiran Awam dari INTAN dan Sarjana dalam Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Datuk Rostam Affendi memulakan kerjayanya pada tahun 1989 sebagai Penolong Pengarah (Analisis), di Pejabat Perdana Menteri. Pada tahun 1993, beliau dilantik sebagai Setiausaha Pertama kepada Pejabat Perwakilan Malaysia di United Nations, Geneva Switzerland. Setelah kembali ke Malaysia pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri, selepas itu, dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Pengarah Jabatan Penyelidikan.
Pada tahun 2005, Datuk Rostam Affendi dilantik sebagai Penasihat Kedutaan untuk Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London, United Kingdom. Pada tahun 2009, beliau adalah Pengarah Strategik, Jabatan Penyelidikan dan pada tahun 2011 beliau dilantik sebagai Pengarah Strategik, Unit Khas Strategik di Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau adalah Ketua Pengarah, Unit Khas Strategik di Pejabat Perdana Menteri. Kemudian pada 2018 sehingga awal Januari 2019 beliau berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam.
.
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO
Tiada Kekosongan Jawatan di MyIPO
[tc-m id=”3″]
Currently no vacancy available in MyIPO