IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)


11 Januari 2018 – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif yang telah dilaksanakan oleh SPRM bagi tujuan memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk kita menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah. Ianya telah dilaksanakan di pelbagai Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan dan kini tibalah giliran MyIPO. Oleh itu, MyIPO mengambil langkah yang sama untuk berikrar dan komited untuk turut serta memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan pengurusan dan operasi MyIPO.