KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA CHINA-ASIA ECONOMIC DEVELOPMENT ASSOCIATION (CAEDA) DAN RAKAN DAGANG THE CHINA TRADEMARK ASSOCIATION (CTA)


Pada 23 Mei 2023 MyIPO telah menerima kunjungan hormat dan mengadakan sesi perbincangan dengan China-Asia Economic Development Association (CAEDA) Malaysia dan rakan dagang The China Trademark Association (CTA) bagi membincangkan mengenai hubungan kerjasama, pembangunan dan perancangan hala tuju harta intelek di Malaysia. Delegasi CAEDA diwakili Mr. John Zhang (Vice Chairman, Culture and Education Development Committee), manakala CTA diwakili Mr. Dongping Wu (Secretary-General of the China Trademark Association).

Ketua Pengarah MyIPO, Tuan Abdul Haris Lakar mempengerusikan sesi perbincangan dua hala. Hadir sama Mr. Lai Soo Kor, Presiden Eksekutif CAEDA, Penolong Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan Perniagaan), Tuan Sheikh Ariffin Sheikh Mohd Noor serta pegawai – pegawai kanan MyIPO. Delegasi turut dibawa melawat fasiliti di Menara MyIPO.