KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA LEMBAGA KECANTIKAN NEGARA (NBOB)


Pada 6 Jun 2023 MyIPO telah menerima kunjungan hormat daripada National Board of Beauty (NBOB) bagi membincangkan mengenai kerjasama yang boleh dilaksanakan berkaitan perlindungan harta intelek di kalangan usahawan yang berdaftar di bawah NBOB.

Pengerusi MyIPO, YBrs. Ts.Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain mempengerusikan sesi mesyuarat bersama delegasi NBOB yang diketuai Pengerusinya, Encik Nelson Ooi. Hadir sama Anggota Perbadanan, Tuan Asmaaliff Abdul Adam dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Tuan Kamal Kormin.