KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PEJABAT HARTA INTELEK SINGAPURA (IPOS) KE MyIPO


Pada 7 Jun 2023 telah berlangsung mesyuarat dua hala antara MyIPO dan Pejabat Harta Intelek Singapura (IPOS) bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diadakan dalam meningkatkan mutu pemeriksaan harta intelek serta menggalakkan perlindungan harta intelek dari kalangan peniaga dan inovator.

Turut diadakan majlis menandatangani memorandum kerjasama (MOC) dalam bidang harta intelek antara MyIPO dan IPOS yang menjurus kepada program latihan dan pertukaran pengalaman.

IPOS diketuai Ketua Eksekutif, Mrs. Rena Lee, manakala MyIPO oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal), Tuan Kamal Kormin. Hadir sama pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak.